Friday, 28 March 2014

Kewajipan Rasul Kami(Rasulullah s.a.w) Cuma Menyampaikan Perintah- Perintah Allah...^^..

Kewajipan Rasul Kami(Rasulullah s.a.w) Cuma Menyampaikan Perintah-
Perintah Allah...^^..

Allah berfirman dalam Surah Al Maa’idah;

76@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Patutkah kamu menyembah
sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat
kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat ? Padahal
Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

77@ Katakanlah: “ Wahai Ahli Kitab ! Janganlah kamu melampau dalam
agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa
nafsu Suatu Kaum yang telah Sesat sebelum ini dan telah menyesatkan
banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh)
dari jalan yang betul”

82@ Demi sesungguhnya engkau, (wahai Muhammad) akan dapati
manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang
beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi
sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih
mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang
berkata: “ Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian
itu, disebabkan di antara mereka, ada pendita-pendita dan ahli-ahli
ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

83@ Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada
Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka
mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui
Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata:
“ Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab
Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang
yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

84@ “ Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan
kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami
ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan
kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh”

92@ Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul
Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan
RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang
diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya
kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah)
dengan jelas nyata.

99@ Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain
daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah
sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu
sembunyikan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment