Sunday, 9 March 2014

Gunung Menangis Takut Tergolong Menjadi Batu Api Neraka...^^..

Gunung Menangis Takut Tergolong Menjadi Batu Api Neraka...^^..

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan
Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita
ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam
Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah,
bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni membuang air
besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka
baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, :

" Hai Uqa'il, teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan
katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata;
Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling
atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil
air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum
dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang
dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai
dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah
mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W
berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, " Hai Uqa'il, dakilah gunung itu,
dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, " Jika padamu
ada air, berilah aku minum !"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya
sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia
selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, " Katakanlah
kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat
yang bermaksud : (" Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu
beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari
manusia dan batu)."

" Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka
tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan
dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari
ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, " Ya Rasulullah,
aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai
mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab
kampung dengan membawa pedang terhunus.

Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata,
" Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampung itu, " Wahai Rasulullah, aku telah membelinya
dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau
jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya
(kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W
bertanya, " Mengapa engkau menderhakai dia ?"

Jawab unta itu, " Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya
dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab
perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk
di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau
sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan
solat Isya' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi.
Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka
sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab
kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan
baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahkan unta itu kepadanya.
Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment