Sunday, 23 March 2014

Di Turunkan Wahyu Kebenaran Kepada Nabi dan Rasul Pilihan...^^..

Di Turunkan Wahyu Kebenaran Kepada Nabi dan Rasul Pilihan...^^..

Berfirman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ (Wanita/Perempuan)
Ayat ke;

+++
163@ Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai
Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada
Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan
Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan
Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi
keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan
Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan
kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.

164@ Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah
Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang
tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-
kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak
ada perantaraan).

165@ Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa
khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa
amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat),
supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan
untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah
mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.

166@ (Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah
diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa
menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya
kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga
turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan
kebenaran Al-Quran ini).

167@ Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang
orang-orang lain dari jalan Allah (agama Islam), sebenarnya mereka
telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

168@ Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim,
Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan
menunjukkan jalan kepada mereka:

169@ Selain dari jalan neraka jahanam, yang mereka akan kekal
di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah.

170@ Wahai sekalian umat manusia ! Sesungguhnya telah datang
kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa
kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang
demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar
(maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa
kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang
ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi
Maha Bijaksana.

+++
174@ Wahai sekalian umat manusia ! Sesungguhnya telah datang
kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan
kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi
(segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan
yang kekal di akhirat kelak).

175@ Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang
teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan
mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah
kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka
ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Mac 2014...^^..

No comments:

Post a Comment