Wednesday 15 January 2014

Tujuh Golongan Terhebat Di Padang Mahsyar...^^..

Tujuh Golongan Terhebat Di Padang Mahsyar...^^..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:  Sebilangan manusia yang
dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang
tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah;
di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya
sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang
hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih
sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah
untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan
yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak
dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah
secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau
mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara
lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan
sifat Jamal Allah. ( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )

Doa yang paling dahsyat adalah doa orang-orang yang teraniaya,
karena tidak ada suatu penghalang antara doa tersebut dan Allah.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..

No comments:

Post a Comment