Tuesday 7 January 2014

Cinta Remaja...^^..

Cinta Remaja...^^..

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe.
Adakah itu menghampiri zina? Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan
pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan
kami tidak berniat kearah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.
Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu
dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam
dan Hawa. Iblis amat licik. Rasulullah telah berpesan bahawa seseorang
itu tidak akan bersendirian dengan seorang wanita kecuali dengan
kehadiran pihak yang ketiga iaitu syaitan,(Tabrani). Kita lemah
menghadapi tipu daya iblis.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat
dan motivasi. Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan
belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi?
jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang
belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak
terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Kalau begitu cinta remaja semua menghampiri zina??? Ya, kalau lelaki
dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik, kemudian
perasaan dilayan, kemudian teringat, rindu, kemudian diatur pertemuan,
kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sampai gelap malam. Hubungan semakin akrab
dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,
sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka semakin hampir
dengan zina?? Berapa ramai mereka yang bercinta telah sampai kepada
daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor
nyamuk sekalipun!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?? Ya, masih ada
orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah
mereka sedikit. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada
pasangannya.

" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-
lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-
perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-
perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan
buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik
) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
(Surah An Nur: 26)

Firman ALLAH: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya
serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang
memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi
mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?? Ya, orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri
zina. Manakala orang yang pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali
dengan orang yang pernah berzina. Jadi orang yang pernah bercinta
juga tidak sesuai berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.
Tidakkah itu satu penghinaan dari Tuhan.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
(tidak mengikut syariat) Tentu, Mana ade orang lelaki yang normal suka
pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang
diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada yang boleh test drive.

Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnye.
Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?? Ganti
bercinta, semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnye
adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan
tapi isinya sama je. Semua ini adalah tipu daya syaitan. Manusia yang
terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam
perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan.

Bagaimana kami?? Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat
nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan daripadaNya. Mohonlah
petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Tunjukkanlah kami
bagaimana taubat nasuha.

1@ Tinggalkan perbuatan maksiat, putuskan hubungan cinta yang tidak
diredhai Allah ini.
2@ Menyesal, menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang telah
menjerumus diri ke dalam lembah percintaan.
3@ Berazam, bertekad dalam hati tidak akan mencintai sesiapa kecuali
dengan insan bernama isteri atau suami. Saatnya ialah selepas
diijabkabul.

Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar
dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..

No comments:

Post a Comment