Tuesday 7 January 2014

Keistimewaan Solat Dhuha...^^..

Keistimewaan Solat Dhuha...^^..

Dari Abu Hurairah r.a. " Kekasihku Rasullullah s.a.w. telah berwasiat
kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya iaitu supaya aku
tidak tidur melainkan selepas mengerjakan witir dan supaya aku tidak
meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awabin
dan berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan." Riwayat Bukhari dan
Muslim.

Solat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup
baru, yang mana mengharapkan hari yang akan dijalani menjadi hari
yang lebih baik dari sebelumnya.

Rasullullah bersabda: " Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya,
nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti
buih dilautan." Riwayat Ibnu Majah dan At Tirmidzi

Rasullullah bersabda: " Pada setiap pagi, biasakan atas setiap anggota
tubuh kamu bersedekah, setiap tahlil ada sedekah, setiap takbir ada
sedekah, menyuruh melakukan kebaikan adalah sedekah, dan cukuplah
sebagai ganti yang demikian itu dengan menunaikan dua rakaat solat
Dhuha." Riwayat Bukhari

Solat sunat DHuha merupakan tanda terima kasih kita kepada Allah
s.w.t. atas nikmat kesihatan setiap sendi dalam tubuh kita. Menurut
Rasullullah s.a.w. setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360
bahagian, setiap hari perlu diberi sedekah sebagai makanannya.

Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka
pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.
" Aau' zu billah hi minashaito nirrojim" Aku berlindung kepada Allah
s.w.t daripadasyaitan yang terkutuk...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..

No comments:

Post a Comment