Wednesday 15 January 2014

Nak Jadi Ahli Syurga, Boleh Ngakkk?...^^..

Nak Jadi Ahli Syurga, Boleh Ngakkk?...^^..

Nak jadi ahli syurga..
Tak cukup dengan angan-angan
Kalau takat ambil ringan
Mungkin payah nak kesampaian
Kita selalu tersesat jalan
Kalau melangkah tiada pedoman

Nak jadi ahli syurga..
Firman Allah silakan teliti
Manusia Muttaqin punya ciri-ciri
Perlu Lillahi Taala ikhlaskan hati
Sempurna amalnya, merendah diri
Dalam senang dan susah, setia berbudi
Menahan amarah, sedia memaafi

Nak jadi ahli syurga..
Aku tahu siapa diriku
Apa dosaku, sejarah silamku
Hati yang hitam seperti batu
Tapi Allah masih memberi waktu
Untuk taubat masih terbuka pintu

Nak jadi ahli syurga..
Tiket syurga tak jual murah di tepi jalan
Siapa nak beli sila angkat tangan
Bayar dengan mujahadah, kesungguhan dan pengorbanan
Semua semata-mata demi keimanan

Nak jadi ahli syurga..
Doa kita penuh cemas dan pengharapan
Moga Allah sudi mengurniakan
Kasih-sayang, belas kasihan dan pengampunan
NikmatNya yang terhebat tiada pengakhiran

#### Tapi yang penting, beKerja keras, mencari Ilmu dan berAmal
soleh itu perlu untuk menggapai segalanya. Usaha selagi masih
berNyawa, dan tidak Rugi kalau Kalah dalam Dunia ini, kerna pasti
kita Menang di Sebelah sana...Usaha...Selagi kita terMampu...^^..####

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..

No comments:

Post a Comment