Saturday 11 January 2014

Setinggi Mana Keyakinanmu Kepada Allah ?...^^..

Setinggi Mana Keyakinanmu Kepada Allah ?...^^..

Ambillah ibrah dari kisah ini. Allah berkata kepada Nuh : “ pergilah
naik ke bukit itu dan bina sebuah kapal.” .. tanpa membantah Nabi
Allah Nuh naik dan membina kapal itu, meskipun orang-orang
sekeliling berkata dia gila, mana mungkin ada banjir ketika matahari
begitu terik, dan ternyata mereka silap, Allah turunkan hujan dan
melemaskan mereka yang tidak bertaqwa padaNya, usaha Nabi Nuh
tidak sia-sia, dia tahu Allah sentiasa bersamanya...

Allah mendatangi Ibrahim dalam mimpi : “ sembelih anakmu.” mana
mungkin anak yang dicinta, diambil nyawanya dengan parang di tangan
sendiri, tapi sedih dan cinta bagaimana sekalipun, arahan Allah adalah
yang aula, izinkan ku sembelih engkau anakku, ini perintahNya.
" sembelihlah aku bapaku, jika itu perintahNya" sekali lagi Nabi
Ibrahim akan meninggalkan orang yang dicinta, namun siapa yang tahu,
seekor kibas digantikan dengan anaknya, dan mereka tidak saling
berbunuh sebaliknya saling bersyukur, kepatuhan Nabi Ibrahim tidak
sia-sia dia tahu Allah sentiasa bersamanya...

Allah mengilhami Musa : “ larilah ke tepi laut itu dan pukul tongkatmu.”
Fir'aun sudah mendekat, wajarkah yang dipukul itu laut, sedangkan
boleh Nabi Musa menghayun tongkat ke kepala Fir'aun, kaum Nabi
Musa hampir putus asa melihat tentera Fir'aun ghairahkan darah,
dan Nabi Musa pun tanpa berlengah menghayunkan tongkatnya, laut
terbelah dua tapi ketaqwaan Nabi Musa tiada berbelah, kepercayaan
Nabi Musa tidak sia-sia, dia tahu Allah sentiasa bersamanya...

Tiada yang sia-sia andai kau percaya Allah bersamamu, meski dalam
keadaan yang paling sulit dan titik paling rendah dalam hidup, itulah
jalan-jalan orang yang mencintai Allah dan mencintai kerana Allah.
Allah akan sentiasa bersama...^^..

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..

No comments:

Post a Comment