Wednesday 15 January 2014

Rukun Iman...^^..

Rukun Iman...^^..

Ada Enam Perkara:

1@ Beriman Kepada Allah S.W.T.

Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang
menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t
bererti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha
Mencipta dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara,
di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal
dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu. Seperti firman-
Nya yang bermaksud : " Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu
satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan
tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau
seumpama dengan Allah." (Surah al-Ikhlas 1 - 4)

2@ Beriman Kepada Malaikat

Beriman kepada malaikat bererti wajib bagi setiap orang Islam
mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan
daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat
seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t
dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita
sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.

Nama Malaikat         Tugasnya
Jibril                       Menyampaikan wahyu
Raqib                       Mencatat amalan keburukan
Atib                         Mencatat amalan kebaikan
Izrail                       Mengambil nyawa
Mikail                       Menurunkan rezeki
Israfil                      Meniup sangkakala
Mungkar                   Menyoal orang mati
Nankir                      Menyoal orang mati
Malik                        Menjaga neraka
Ridzuan                    Menjaga syurga

3@ Beriman Kepada Rasul

Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga.
Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah
mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi
menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan
di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai
25 orang.

4@ Beriman Kepada Kitab

Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin
dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai
beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki.
Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat
Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehingga kepada Nabi Muhammad
s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100
buah suhuf dan 4 buah kitab suci. Senarai kitab dan penerimanya :

Taurat - Nabi Musa a.s
Zabur - Nabi Daud a.s
Injil - Nabi Isa a.s
Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w

Nabi-nabi yang menerima suhuf :

Nabi Syits - 50 suhuf
Nabi Idris - 30 suhuf
Nabi Ibrahim - 10 suhuf
Nabi Musa - 10 suhuf

Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.

5@ Beriman Kepada Hari Akhirat

Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini
bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana
pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar
untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka
semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.

Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :

Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
Pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi
mencakar langit.
Banyak berlaku gerak gempa.

Tanda-tanda besar :

Keluar dajjal merosakkan agama.
Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
Keluar Yakjuj dan Makjuj.
Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
Terbit matahari dari sebelah barat.

6@ Beriman Kepada Qada Dan Qadar

Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada
takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala
yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah
s.w.t.

Erti Qadar : Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk,
sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak
azali lagi sama ada yang baik atau buruk. Qadar ada dua jenis iaitu :
Berupa aturan atau perjalanan alam ini. Berupa untung nasib yang
menimpa manusia dan makhluk lain.

Erti Qada : Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah
ditetapkan sejak azali lagi.

Perkara Yang Membatalkan Iman
### Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain
serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada
Allah s.w.t seperti menyembah berhala. Menafikan segala nikmat sama
ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t
ataupun ciptaan Allah s.w.t. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam
amalan keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal. Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis.
Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun
ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.###

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..

No comments:

Post a Comment