Monday, 14 July 2014

Ya Qohhar, Ya Wahhab, Ya Rozzaq, (016-018), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Qohhar, Ya Wahhab, Ya Rozzaq, (016-018), Nama-Nama Allah
Dan Fadhilatnya...^^..

*** Al Qohhar. (016) ***
(Maha Memaksa)

Al Qohhar, Maha Mengetahui. Mengenggam segala sesuatu dalam
kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
Penguasa yang menguasai segala-galanya secara mutlak (termasuk
malaikat, golongan jin, gunung-ganang, haiwan dan tumbuh-tumbuhan).

+++ Bersifat Zuhud/Tidak Cintakan Dunia
Sesiapa yang  membaca (Ya Qohhar) sebanyak 306 kali sehari
semalam, insyaAllah akan terhapus dari hatinya perasaan cinta dunia
dan kehebatan setiap sesuatu selain Allah s.w.t dan Allah s.w.t akan
menolongnya dari menghadapi musuhnya.

+++ Ditunaikan Segala Hajatnya
Sesiapa yang mempunyai hajat, lalu membaca (Ya Qohhar) 100 kali ,
kemudian dia menadahkan kedua belah tangannya (berdoa) dan
mengangkat kepalanya, insya Allah dimakbulkan hajatnya.

+++ Terhindar Dari Melakukan Maksiat
Orang yang selalu membaca (Ya Qohhar) akan terhindar daripada
membuat kejahatan. Agar niat jahatnya dan amalan jahatnya akan
tergendala kerana membaca sifat Allah yang juga Maha Memaksa.

+++ Cinta Kepada Menunaikan Solat
Mereka yang selalu meremehkan solat fardhu, kerana ikatan kepada
urusan duniawi boleh mengamalkan membaca, (Ya Qohhar) 100 kali
setiap hari. Allah s.w.t. cuma memaksa dan meminta kita menunaikan
cuma 5 solat fardhu dalam sehari, kerana Dia tahu, hambanya
mempunyai banyak lagi urusan duniawi. Oleh itu, Dia memberi masa
yang cukup untuk semua hambaNya.

*** Al Wahhab. (017) ***
(Maha Pemberi)

Al Wahhab, Maha Pemberi, Terlalu banyak nikmat-nikmat pemberian
yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada makhluk-makhlukNya.

+++ Mendapat Kekayaan, Kehebatan Dan Kebesaran
Orang yang membaca (Ya Wahhab) sebanyak 300 kali atau lebih
setiap hari atau selepas selesai mengerjakan solat fardhu. Insya
Allah dia akan mendapatkan kekayaan, kehebatan dan kebesaran.
Juga boleh diamalkan semasa sujud terakhir Solat Sunat Dhuha.

+++ Dimakbulkan Permintaan
Sesiapa yang menyebut  7 kali semasa memohon sesuatu
daripada Allah s.w.t. Jika dibaca (Ya Wahhab) 100 kali dengan
menadah tangan ke langit, insyaAllah permohonan dan pertanyaan
anda akan terjawab.

+++ Mendapat Rezeki
Sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin.
Hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan
membaca (Ya Wahhab) 70 kali. Insya Allah, dia akan mendapat
makanan atau tawaran tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran
atau seumpamanya). Saudara juga tidak merasa kelaparan (dapat
menahan lapar) jika, membaca (Ya Wahhab) 41 kali semasa sujud
akhir solat Zohor.

+++ Membebaskan Diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan saudara tidak mencukupi,
bacalah (Ya Wahhab) 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat
sunat nawafil dua rakaat di tengah malam. Insya Allah saudara akan
bebas dari situasi tersebut.

+++ Menjelaskan Hutang
Kerjakanlah solat sunat hajat atau nawafil dua rakaat selepas
tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak. Kemudian,
memalingkan wajah ke langit dan membaca (Ya Wahhab) 111 kali.
Kemudian hendaklah membaca Al Fatihah dan hendaklah dilakukan
tiga malam berturut-turut (tiga Khamis). Insya Allah, keperluan
saudara akan tersedia dan segala hutang piutang dapat segera
dilangsaikan.

*** Ar Rozzaq. (018) ***
(Maha Memberi Rezeki)

Ar Rozzaq, Maha Pemberi Rezeki, menentukan bekalan rezeki serta
menyediakan asbab-asbab (sumber-sumber), untuk setiap makhluk-
makhlukNya. 

+++ Dimurahkan Rezeki
Orang yang mengamalkan zikir ini insyaAllah akan lapang
penghidupannya dan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangkanya.
Kaifiatnya begini, selepas selesai mengerjakan solat subuh,
berdirilah disebelah kanan rumah dengan menghadap ke arah kiblat,
kemudian baca: (Ya Rozzaq) sebanyak  10 kali. Kemudian berdiri
di sebelah kiri rumah (menghadap Kiblat) dan membaca (Ya Rozzaq)
10 kali.

Setelah itu pindah ke sebelah hadapan rumah, berdiri menghadap
kiblat dan membaca zikir (Ya Rozzaq) 10 kali, Dan yang terakhir,
berdirilah dengan menghadap arah ke kiblat di belakang rumah dan
baca zikir (Ya Rozzaq) 10 kali, insyaAllah akan murah rezeki orang
yang mengamalkannya. Saudara juga akan terhindar dari penyakit
dan kemiskinan tidak akan menimpa keluarga saudara.

+++ Kefahaman Yang Mendalam Dalam Satu Ilmu Allah (Ghaib/Nyata)
Sesiapa yang membaca (Ya Rozzaq) 20 kali setiap hari, sebelum
sarapan dan diwiridkan selama 20 hari, insyaAllah, dia akan diberi
kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.

+++ Usahanya Berjalan Lancar
Orang yang berulangkali membaca zikir (Ya Rozzaq), segala usahanya
dan keinginan saudara akan berjalan lancar, insyaAllah.

+++ Memajukan Perniagaan
Baca (Ya Rozzaq) 308 kali di empat penjuru kedai atau pejabat, 
dengan muka menghadap kiblat sebaik sahaja selesai solat Subuh.
InsyaAllah, perniagaan akan bertambah maju dan rezeki bertambah.

+++ Merendahkan Kemarahan Penguasa
Jika saudara mempunyai hajat dengan pemerintah atau kerajaan
di tempat saudara, baca (Ya Rozzaq) sebelum bertemu dengannya.
InsyaAllah, saudara akan mendapat keputusan yang memuaskan, dan
jika dia sedang marah, pasti keadaan akan menjadi tenang dan
kemarahannya segera hilang.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment