Keutamaan Berbuat Baik...^^..
Bismillahirrahmanirrahim..
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abdulullah bin
Amr bin al-‘Ash r.a berkata, “ Seseorang datang kepada baginda s.a.w
dan bertanya: " Ya Rasulullah, aku mempunyai keluarga yang aku
hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan denganku, aku baik
kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku, dan aku tolong
membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku. Apakah
boleh aku membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang
sama ?" Jawab baginda s.a.w: " Tidak, sebab jika kamu membalas
mereka, maka kamu sama dengan mereka. Tetapi hendaklah kamu
mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka,
maka kamu akan selalu mendapat bantuan dari Allah s.w.t selama
kamu berbuat demikian".”
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“ Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka
barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas
(tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang
yang zalim.” (Surah Asy-Syura ayat 40)
Assalamu’alaikum sahabatku semuanya. Ingatlah, jika kita berbuat
baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita, kita memaafkan
dan terus berbuat baik kepada mereka, maka kita akan sentiasa
dibantu dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t selama mana kita berbuat
demikian. Oleh itu, bersabar dan berdoalah untuk mereka. Semoga
rahmat dan kasih sayang dari-Nya sentiasa mengiringi kita semua.
Aamiin.. Alhamdulillah.
Teruslah berbuat kebaikan, kerana kita tidak tahu kebaikan yang
mana akan membawa kita ke syurga. Wassalam.. (”,)
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
No comments:
Post a Comment