Tuntutlah Ilmu Yang BerManFaat...^^..
Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan
membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup.
Setiap apa yang dilakukan olehnya akan dinilai dahulu adakah
pekerjaan ini baik dan mendatangkan manfaat kepadanya. Jika
baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, ia akan tinggalkannya.
Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan
manfaat kepada seluruh umat manusia dan Islam. Tetapi bukan
inovasi yang direka olehnya untuk menjahanamkan manusia. Ini
semua berlaku apabila dia faham tentang Islam, jikalau tidak dia
akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti
rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak dan sebagainya.
Contoh apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan akademik
menjalankan tugas sebagai pegawai bank. Beliau tidak akan
melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan ingat Allah marah,
perbuatan tersebut dosa, haram dan dimasukkan ke dalam neraka
Allah yang sangat pedih azabnya.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
No comments:
Post a Comment