100. Al-’Adiyat 001-011, Terjemahan Al Quran...^^..
(Kuda Yang Berlari Kencang)
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1@ Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran
kencang nafasnya,
2@ Serta mencetuskan api dari telapak kakinya
3@ Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
4@ Sehingga menerbangkan debu-debu pada waktu itu,
5@ Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh;
6@ Sesungguhnya manusia itu sangat tidak bersyukur (ingkar) akan
nikmat Tuhannya.
7@ Dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (mengetahui dengan
bawaan setiap amalannya), akan keingkarannya (dengan jelas).
8@ Dan sesungguhnya dia sangat sayangkan serta cintakan hartanya
(secara tamak haloba).
9@ (Patutkah ia bersikap demikian ?) Tidakkah dia mengetahui
(bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala isi yang ada dalam
kubur ?
10@ Dan dibuka serta didedahkan segala yang terpendam di dalam
dada (hati dan amalan tiap-tiap manusia) ?
11@ Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu, Maha Mengetahui
dengan mendalam tentang (balasan yang patut diberikanNya kepada)
mereka.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
Yang Penting Mencari Keredhaan Allah, Masuk Neraka dengan keredhaan Allah itu lebih baik daripada masuk Syurga dengan keredhaan Manusia, kesayanganmu...Jika Dia(Allah) telah menerima Amalanmu sedangkan seluruh Makhluk berPaling daripadamu. Itulah yang Penting, Bersih dan Suci, kerana kita menyatakan keHambaan kita kepada Tuhan kita. Kita ini Terlalu banyak Dosa terlihat mahupun terLindung, tanpa kita Sedari...^^.. BerHaraP Ahli KeluargaKu DaPat Masuk SyurGa SeMuaNYa, LeBih Aku Sukai...^^..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment