Ya Jabbar, Ya Mutakabbir, Ya Kho'liq, (010-012), Nama-Nama Allah
Dan Fadhilatnya...^^..
*** Al Jabbar. (010) ***
(Maha Perkasa)
Al Jabbar, Penguasa Yang Mutlak, Penguasa Yang Agung, Yang Maha
Mempunyai Kuasa. Mencukupi segala keperluan, melaksanakan segala
perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya. Yang
Maha Perkasa, tidak mempunyai sebarang kekurangan dan melakukan
sesuatu mengikut janjiNya. Al Jabbar membaik keadaan khalifahNya
di muka bumi. Al Jabbar yang Maha Berupaya dan Berkuasa
melakukan apa yang dikehendakiNya, memulihkan sesuatu yang telah
rosak dan mengembalikannya kepada keadaan biasa.
+++ Terpelihara Dari Melanggar Syariat
Orang yang membaca (Ya Jabbar) akan terpelihara daripada sesuatu
yang bertentangan dengan syariat Allah s.w.t. Menghalang seseorang
dari melakukan sesuatu yang Haram dan terLarang. Menghindarkan
diri dari melakukan sesuatu yang tidak disukai, keganasan, kesukaran
dan keburukan.
+++ Orang Zalim Menggeruni Anda
Orang yang berzikir (Ya Jabbar), dengannya sebanyak 206 kali atau
226 kali pada waktu pagi dan petang, insya Allah, orang zalim tidak
sanggup untuk menganiayanya dan Allah s.w.t akan membalas
kejahatan orang zalim itu.
+++ Perlindungan Dari Segala Musuh
Baca (Ya Jabbar) 100 kali, selepas solat Asar untuk melindungi diri
dari musuh dan kuncu-kuncunya. Dan pembacanya amat disayangi
orang ramai.
+++ Menghindari Sumpahan.
Jika takut seseorang melakukan sumpahan terhadap saudara, baca
(Ya Jabbar) 206 kali dan insya Allah saudara akan terlindung darinya.
Jika saudara membaca (Ya Jabbar) 216 kali, saudara akan
terselamat dari orang jahat dalam urusan perniagaan mahupun
urusan seharian.
*** Al Mutakabbir. (011) ***
(Maha Megah)
Al Mutakabbir, Maha Megah. Yang Maha Terhormat. Hanya Dia
sendiri yang mempunyai sifat keagungan, kebanggaan dan kemegahan.
+++ Menundukkan Orang Zalim
Sesiapa yang membaca, (Ya Mutakabbir) sebanyak 662 kali untuk
setiap harinya, insya Allah, orang-orang yang takabur (sombong)
akan tunduk dan merendah diri kepada saudara.
+++ Melahirkan Zuriat Yang Soleh
Sesiapa yang berzikir dan membaca (Ya Mutakabbir) 11 kali sebelum
menyetubuhi isterinya, insya Allah, dia akan dikurniakan anak yang
soleh serta muslim lagi sihat tubuh badan.
*** Al Kho'liq. (012) ***
(Maha Pencipta)
Al Kho'liq, Maha Pencipta, Menjadikan seluruh makhluk dari tiada
menjadi ada, iaitu mewujudkan yang belum pernah wujud. Maksudnya
semua makhluk yang wujud di alam ini telah dijadikan Allah s.w.t.
tanpa perantaraan bahan-bahan, contoh-contoh dan rujukan dari
mana-mana pihak.
+++ Menjalani Kehidupan Yang Lurus
Sesiapa yang membaca (Ya Kho'liq) pada waktu tengah malam. Allah
s.w.t akan mengirimkan malaikat yang akan membantunya untuk
menjalani kehidupan seharian di atas jalan yang benar.
+++ Mengembalikan Kehilangan/Kesayangan
Sesiapa yang kehilangan harta atau kekasihnya, maka hendaklah dia
membaca (Ya Kho'liq) sebanyak 5000 kali, insya Allah harta dan
kekasihnya itu akan kembali kepadanya.
+++ Menahan Marah
Jika saudara mempunyai sahabat yang berkhianat dan menimbulkan
kemarahan kepada saudara. Bacalah (Ya Kho'liq) sebanyak mana
yang saudara suka antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.
Insya Allah kebenaran akan terungkai dan kemenangan buat saudara.
+++ Mendapat Makanan Dan Anak.
Bacalah (Ya Kho'liq) 125 kali antara solat sunat Subuh dan solat
fardhu Subuh. Nescaya akan dikurnaikan makanan yang mencukupi
dan anak sebagai rezeki.
+++ Membersihkan Hati.
Apabila saudara terasa terancam, bacalah (Ya Kho'liq) 100 kali. Ia
juga membantu membersihkan hati saudara. Saudara juga akan
menjadi juara sesuatu pertandingan jika mengamalkan wirid ini.
+++ Membersihkan Jiwa.
Di tengah malam, bangun dan sebutlah (Ya Kho'liq) 731 kali, insya
Allah jiwa dan jasad saudara akan dibersihkan dan cahaya
kebenaran akan memancar diwajah saudara.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
No comments:
Post a Comment