114. An-Nas 001-006, Terjemahan Al Quran...^^..
(Manusia)
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Aku berlindung kepada (Allah)
Tuhan Pemelihara (menguasai) sekalian manusia.
2@ “ Raja Yang Menguasai sekalian manusia,
3@ “ Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4@ “ Dari kejahatan bisikan Syaitan (penghasut) yang biasa
bersembunyi (timbul tenggelam, mengintai peluang),
5@ “ Yang melemparkan bisikan dan hasutan (kejahatan) ke dalam
dada (hati) manusia,
6@ “ (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan
manusia”.
#### Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Abu Ja'fat Ar Razi
Ar Rabi' bin Anas dari Anas Bin Malik dari Aisyah bahawa Labid bin
Al A'sham, seorang Yahudi, menyihir Rasulullah, lalu turunlah surah
Al Mu'awwidzatain (yang terdiri daripada Surah Al Ikhlas, Al Falaq
dan An Nas). Setiap kali Rasulullah membaca satu ayat, satu tali
terputus, begitulah seterusnya hingga seluruh tali terlepas. Jibril
terus merukyah baginda dengan bacaan, " Dengan menyebut nama
Allah, aku merukyahmu dari segala yang menyakitimu, keburukan
pendengki dan kejahatan. Semoga Allah menyembuhkanmu." Maka
dari itu, turunlah ayat ini. ####
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
Yang Penting Mencari Keredhaan Allah, Masuk Neraka dengan keredhaan Allah itu lebih baik daripada masuk Syurga dengan keredhaan Manusia, kesayanganmu...Jika Dia(Allah) telah menerima Amalanmu sedangkan seluruh Makhluk berPaling daripadamu. Itulah yang Penting, Bersih dan Suci, kerana kita menyatakan keHambaan kita kepada Tuhan kita. Kita ini Terlalu banyak Dosa terlihat mahupun terLindung, tanpa kita Sedari...^^.. BerHaraP Ahli KeluargaKu DaPat Masuk SyurGa SeMuaNYa, LeBih Aku Sukai...^^..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment