Monday, 14 July 2014

Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salaam, (004-006), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salaam, (004-006), Nama-Nama Allah Dan
Fadhilatnya...^^..

*** Al Malik. (004) ***
( Maha Merajai/Pemerintah)

Al Malik, raja segala raja. Raja berdaulat yang mentadbir rakyatnya
sebagaimana yang Dia suka, tanpa bantuan sesiapapun melainkan apa
yang dikehendakiNya akan terjadi.

+++ Di Hormati
Sesiapa yang membaca ( Ya Malik) bila-bila masa pada waktu siang
dan malam, dia akan di hormati dan mendapat layanan istimewa
daripada orang lain.

+++ Di Limpahkan Kekayaan.
Baca ( Ya Malik) 121 setiap pagi dan petang, nescaya segala
pekerjaan yang saudara lakukan akan mendatangkan berkat, insya
Allah, kekayaan harta dan jiwa akan melimpahkan dan banyak
peluang yang tersedia dan diredhai oleh Allah s.w.t.

+++ Menghalang Niat Jahat Musuh
Orang mukmin yang membaca ( Ya Malik) 100 kali selepas solat subuh,
bantuan Allah s.w.t. akan datang dan musuh tidak dapat melaksanakan
rancangan jahat terhadap dirinya.

+++ Kebersihan Diri.
Bacalah ( Ya Malik) 100 kali setiap pagi, insya Allah hatinya akan
bersih dan akan terpelihara kehormatannya.

+++ Boleh Berdikari
Baca ( Ya Malik) 121 kali setiap pagi selepas Subuh, insya Allah
saudara tidak perlu meminta-minta daripada orang lain kerana Allah
s.w.t. akan memenuhi keperluan saudara.

+++ Mengekalkan Kuasa
Amalkan membaca ( Ya Malik) setiap masa, insya Allah kedudukan
tinggi saudara akan tetap teguh dan jika saudara mempunyai kuasa
politik dan sebagainya, kuasa saudara sukar digugat dengan izinNya.

*** Al Quddus. (005) ***
( Maha Suci)

Al Quddus, Yang Maha pemurah. Yang Maha Suci, Yang bebas dari
kekotoran, kegagalan, ketidak cukupan atau apa jua bentuk kelemahan.
Dalam erti kata lain, Yang Maha sempurna, dari segala cacat cela
dan kekurangan. Tujuan utama menyebut nama Allah s.w.t. ini ialah
untuk membersihkan seseorang itu dari mempunyai sikap dan
perangai buruk.

+++ Membersihkan Hati
Sesiapa yang membaca ( Ya Quddus) 100 kali sehari, pagi dan petang,
insya Allah, hatinya akan dibersihkan dari segala perasaan sombong,
tamak, iri hati, benci dan sebagainya.

+++ Terhindar Dari Bencana
Membaca ( Ya Quddus) 1000 kali, insya Allah akan menyelamatkan
saudara dari malapetaka atau bala.

+++ Bebas Dari Kebimbangan
Bacalah ( Ya Quddus) 100 kali setiap hari, insya Allah saudara tidak
akan merasa takut atau berdukacita.

+++ Memenuhi Keinginan atau Impian
membaca ( Ya Quddus) 1000 kali setiap hari akan membuat impian
saudara menjadi kenyataan, insya Allah.

+++ Menghindari Kelemahan Jiwa
Baca ( Ya Quddus) 170 kali sehari sebelum Zohor, insya Allah hati
akan bersih dari segala kebimbangan dan kelemahan jiwa. Ini akan
digantikan dengan cahaya " Rahmat Allah" atau keampunan dan
kasih Allah s.w.t. terhadap kita makhluk yang selalu lemah.

+++ Menakutkan Musuh
Baca ( Ya Quddus) dengan sebanyak-banyaknya dengan cepat atau
kencang sambil hati takutkan Allah s.w.t. Insya Allah, musuh akan
lari dan baca selalu jika saudara mempunyai ramai musuh.

+++ Menjauhkan Kejahatan
Baca ( Ya Quddus) setiap masa agar kejahatan atau perbuatan jahat
dijauhkan dari saudara. Saudara hendaklah berdoa secara khusus
agar dilindungi dari perbuatan atau sebarang niat jahat.

*** As Salaam. (006) ***
( Maha Penyelamat)

As Salaam, Maha Penyelamat, Salam bermakna Aman sejahtera.
Nama ini berkait dengan " Pemberi keAmanan dan keHarmonian"
kepada semua makhluk.

+++ Menyembuhkan Penyakit
Membaca ( Ya Salaam) 111 atau 160 kali di hadapan pesakit akan
membantu ia sembuh, insya Allah dengan izinNya. Jika ajalnya belum
tiba, sempatlah dia menambah Amalannya jika dia berkeadaan sihat.

+++ Selamat Dari Wabak Penyakit
Bacalah ( Ya Salaam) 115 kali sehari untuk berlindung dari wabak dan
penyakit merebak. Boleh juga dibaca kepada orang yang sedang sakit.

" Salaammun qaw lam mirrob bir rohim" Ertinya " Kepada mereka
dikatakan, " Salaam" kesejahteraan, sebagai ucapan selamat dari
Tuhan yang Maha Penyayang." di baca 28 kali setiap hari.

Cuba baca di waktu dan tempat yang sama setiap hari, insya Allah
saudara akan melihat kesembuhan akan beransur pulih dengan
izinNya.

+++ Memudahkan Sakaratul Maut
Siapa yang membaca ayat di bawah 100 kali, tidak akan merasa sakit
ketika sakaratul maut menjemputnya, insya Allah.

" Assalamualaika ayyuhanna biyyu warah matullah hi wabarakatuh"
Ertinya ; Kesejahteraan ke atasmu, wahai Muhammad s.a.w. Semoga
Engkau dalam rahmat Allah s.w.t.

+++  Kerehatan Pada Jasmani Dan Rohani
( Ya Salam) apabila dizikirkan sebanyak 136 kali, Insya Allah jasmani
dan rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan 
menjadi segar sihat dan sejahtera serta dapat berAmal.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment