Sepuluh (10) Wasiat Berharga Hasan al-Banna...^^..
1@ Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala
mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan
kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber
pertolongan Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah
ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang.
Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2@ Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya.
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan
masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber
asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah
al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal
dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan
terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian.
Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.
3@ Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa
al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya
anda telah lama bermula. Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut
dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa
umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga
mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi ??????
Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4@ Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya !!!
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah
pertengkaran. Kerana di sana ada unsur lain membisikkan ?
Syaitannnn namanya !!!
5@ Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam
ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum.
Beliau ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja,
wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan...
Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh. Hanyalah
disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing ! Begitu
juga Aristotle berpendapat, supaya golongan belia ditegah
daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular
keburukan dalam diri !!!
6@ Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan.
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah
kehidupan. Kata seorang penyair : " Berikan kerehatan pada jiwamu
Yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau." Tapi, Kalau
mengubatinya dengan bergurau, Mestilah dalam batas. Seperti
kau masukkan garam ke dalam gulai.
7@ Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh.
Bahkan menyakit hati orang lain pula !!! Luqman El-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada
tempatnya. Itulah katanya suara keldai !!! Surah al-Isra'
memberi tip kepada kita... " Jangan keraskan suaramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya, Carilah jalan tengah di antara
keduanya."
8@ Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat, Usahlah merendah-
rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan.
Ayuh !!! Hindarilah... mengumpat ! Tidak sekali mencabuli jemaah-
jemaah lain !!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka !! Tapi sukakah
anda memakan daging kawan anda yang telah mati ?? Sekali-kali
tidak !!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika
anda mengumpat. Tapi mesti minta ampun terhadap orang
umpatanmu bersama !!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan
syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9@ Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia.
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian !!! Salam kasih
sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat.
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan ...! Lihatlah pensyariatan
ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung !!! Pelbagai lapisan
datang berkunjung !!! Pelbagai darjat datang berkunjung !!!
Sama-sama menjunjung obor suci, Tidak mengenali tapi tak sepi.
10@ Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa
penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda ! Bersegeralah, kerana...
Sabda Nabi s. a. w bermaksud : " Bertindak segeralah melakukan
amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu !!!
Hormatilah waktu mereka !!! Usahlah berbicara meleret-leret...
Tanpa haluan dan noktahnya.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
No comments:
Post a Comment