105. Al-Fiil 001-005, Terjemahan Al Quran...^^..
(Gajah)
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1@ Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu bertindak
ke atas tentera yang datang menyerang dengan Gajah (yang dipimpin
dengan membawa Gajah untuk meruntuhkan Kaabah) ?
2@ Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat (tipu daya)
mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka (sia-sia) ?
3@ Dan Dia mengirimkan kepada mereka (menerbangkan di atas
kepala mereka) rombongan burung secara berpasukan,
4@ Yang melontar mereka dengan batu-batu kerikil dari sejenis tanah
keras yang dibakar,
5@ Lalu dijadikanNya mereka seperti daun-daun kayu yang dimakan
ulat (hancur berkecai).
#### Bala tentera yang bergajah itu, ialah Raja Yaman yang datang
ke negeri Makkah hendak meruntuhkan Kaabah, dengan membawa
askar dan gajah yang kuat. Setelah mereka hampir masuk ke negeri
Makkah, beberapa ekor burung menjatuhkan batu (tanah yang keras),
boleh jadi banyak hama penyakit cacar di dalamnya, sehingga
kesemuanya dijangkiti penyakit dan akhirnya badan mereka hancur
luluh, seperti daun kayu yang dimakan ulat. Ringkasnya niat mereka
hendak meruntuhkan Kaabah tidak berjaya. ####
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
Yang Penting Mencari Keredhaan Allah, Masuk Neraka dengan keredhaan Allah itu lebih baik daripada masuk Syurga dengan keredhaan Manusia, kesayanganmu...Jika Dia(Allah) telah menerima Amalanmu sedangkan seluruh Makhluk berPaling daripadamu. Itulah yang Penting, Bersih dan Suci, kerana kita menyatakan keHambaan kita kepada Tuhan kita. Kita ini Terlalu banyak Dosa terlihat mahupun terLindung, tanpa kita Sedari...^^.. BerHaraP Ahli KeluargaKu DaPat Masuk SyurGa SeMuaNYa, LeBih Aku Sukai...^^..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment