Mencapai Makam Tertinggi, Amalkan Doa Selepas Azan...^^..
Untuk mencapai makam tertinggi daripada Allah s.w.t, cubalah
mengamalkan Doa selepas Azan. Boleh diamalkan selepas Azan atau
bila-bila masa sahaja, banyakkanLah membaca doa ini, Insya Allah,
mendapat Syafaat dari Nabi Muhammad dan diperkenankan Allah
untuk mendapat makam tertinggi.
Doa selepas Azan adalah seperti berikut:
" Allahumma rabba hazihid da'watit tammah. Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Was syarafa
waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'ath hul maqamal mahmudal
lazi wa'ad tah. Innaka laa tukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya.
Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidina
Muhammadiw wa'a lihi wasah bihi wasallam. "
Maksudnya: " Wahai Tuhan yang empunya seruan, yang telah sempurna
ini, dan sembahyang yang akan didirikan ini. Kurniakanlah kedudukan
yang tinggi kepada junjungan kami, Nabi Muhammad dan kehormatan
dan pangkat yang menjulang tinggi. Dan bangkitkanlah untuknya
kedudukan dan tempat yang terpuji, yang Engkau telah janjikan,
sesungguhnya Engkau tidak mungkir janji. Wahai Tuhan kami,
ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, dan kurniakanlah rahmat
kepada keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku sewaktu
kecil hingga dewasa. Dan selamat sejahtera ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya."
### Semoga Allah s.w.t menerima amalan kita, dan cubalah bersikap
Ikhlas berAmal dan berUsaha kerana Allah. Hindarilah sikap berPura-
pura kepada orang Muslim dan Manusia keseluruhnya. Amalkan juga
sikap meRendah Diri kepada Makhluk Allah dan yang selainnya. Juga
Hormatilah pendirian golongan orang-orang Kafir, orang-orang Jahil,
asalkan mereka tidak memudaratkan diri kita. Takdir sesuatu Makhluk
telah terTulis sejak kita belum diLahirkan lagi. Masa Hidup serta
Matinya, Rezeki atau Cobaannya telah ditetapkanNya, yang tinggal
hanya Tindakan kita, hanya KitaLah yang mengaturkan selebihnya.
Kerana bukannya kita yang dapat memberi Petunjuk, tetapi Allah
(Tuhan) jualah yang memberi Petunjuk dan Gerak Hati kepada
Hambanya yang dikehendakiNya dari golongan orang yang Ikhlas
mencari Kebenaran tentang tuhan yang menciptakan mereka dan
Hakikat sebenar " Untuk apa mereka dihidupkan.". ###
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
No comments:
Post a Comment