Secebis Wasiat Dan Wasilah Buat KeluargaKu...^^..
1@ Berprasangka Baik terhadap Takdir dan Keputusan Allah s.w.t.
Kembalinya kita kepada Pencipta kita, sedangkan Nabi-nabiNya,
Rasul-rasul utusanNya, golongan jin-jin baik yang muslim atau kafir,
haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan pasti menemui kematian
apabila telah sampai masanya. Kita semua makhluk diciptakan untuk
beribadat kepadaNya Allah dan mengEsakanNya. Dan Kiamat pasti
berlaku, pemBelanya adalah semua Amalan keBaikan kamu di Dunia.
Selama dihidupkan, kita akan di beri kesempatan masa untuk beramal,
serta akan diUji dengan cobaan yang berat atau bersama kesenangan
(tipu daya) untuk menguji samaada kita Redha dengan arahan dan
ketentuan Tuan Kita (Allah). Adakah kita betul mahu, menjadi Hamba
kepadaNya dengan Redha dan tunduk, merendah diri atau kita
menyombong dan angkuh menjadi Tuan kepada Diri kita Sendiri (hawa
nafsu).
Allah cuma mahu kita merintih dan berdoa kepadaNya agar diberi
petunjuk agar dimasukkan kedalam Syurga, dan mengambil dunia
sekadar untuk memenuhi keperluan sahaja. Jangan ditiru, budaya
orang Kafir dan Munafik kerana, Allah mahu terus melalaikan
dan membiarkan mereka tetap dalam Kesesatan sampai mereka mati.
" Janganlah kemewahan mereka menyebabkan kamu tertarik kepada
dunia, sesungguhnya akhirat lebih baik dan beruntung, jika kamu
mengetahui akan hakikat yang sebenar."
2@ DiWajibkan bagi Kamu menunaikan sembahyang fardhu lima kali
sehari semalam. Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Jika tidak
keberatan solatlah Sunat Tahajjud, Witir dan Syukur selepas selesai
menunaikan solat Isyak. Lakukan Tahajjud 2 Rakaat, Witir 1 Rakaat
dan Syukur 2 Rakaat. Kerana sembahyang lewat malam adalah
amalan Para Nabi dan Rasul sebelum Allah menetapkan cuma Lima
waktu sahaja yang Wajib dilakukan. Solat Tahajjud yang paling
istimewanya, kita meminta kepada Allah diberi Penolong dan Takdir
yang baik pada hari yang berikutnya.
Solat Wajib Harus diQadakan jika tertinggal atau dalam keadaan
Darurat (seperti berada di negara orang Kafir). Selepas Subuhnya
pula, lakukan Solat Sunat Dhuha dan Syukur. Jika tidak keberatan
diWajibkan solat sunat Syukur selepas setiap solat fardhu.
PelajariLah juga cara-cara menjalani sembahyang yang betul, dan
fahamilah maksud setiap bacaan dalam setiap pergerakan dalam
sembahyang agar kita lebih khusyuk. Mintalah segala keinginan dan
permintaan dari Allah semasa kita berSujud dalam menunaikan solat.
3@ DiWajibkan mempelajari Al Quran dan menDalami maksud
terjemahan Al Quran dalam bahasa masing-masing. Allah menulis
kata-kataNya, undang-undangNya, serta memberi pengajaran
dalam kitabNya yang lengkap iaitu Al Quran, cara-cara mendapat
Petunjuk, agama dan amalan yang diRedhaiNya. Serta, diselamatkan
dari golongan terSesat dengan amalan dari ajaran Iblis dan Syaitan.
" Adakah lebih baik golongan yang mengetahui (akan hakikat) dari
golongan yang tidak mengetahui akan kebenaran yang sebenarnya."
" Bahawa Syurga itu Benar, Neraka itu Benar, baik amalan dan jika
mendapat keredhaan Allah, pasti Syurgalah balasannya. tetapi jika
Allah tidak Redha akan amalan kebaikannya, sia-sialah akan
amalan baiknya itu."
4@ DiWajibkan mendalami Ilmu Hadith atau sunnah Nabi Muhammad.
Terutama hadith Imam Muslim, kerana beliau telah melakukan
penelitian dengan menapis semua hadith-hadith palsu yang direka
atau dicipta oleh golongan sesat yang bertujuan menghancurkan
dan menyesatkan Umat Islam. Selepas tamat zaman Khalifah,
maka wujudlah teori, falsafah dan pemikiran baru yang lari dari
cara hidup Islam yang sebenar.
Mereka mengatakan, ini berdasarkan kata-kata dari Nabi, padahal
mereka cenderung mengikuti Hawa Nafsu mereka sendiri
mengeluarkan Fatwa bersesuaian dengan keinginan mereka, tanpa
menjadikan Al Quran sebagai jalan panduan dalam urusan hidup
mereka. Oleh itu, pemahaman terperinci setiap ayat Al Quran harus
digunakan untuk menguji kesahihan sesuatu hadith.
5@ Sebenarnya dalam Rukum Islam, kita Wajib mengikut turutan
yang disabdakan Rasulullah s.a.w. Yang pertama, Mengucap Dua
Kalimah Syahadah, dan setelah Kita memberi Janji dengan Allah.
Barulah yang Kedua, menunaikan Sembahyang Fardhu Wajib lima
kali sehari semalam. Apabila telah dilaksanakan dan mahir dalam
sembahyang wajib, Dikerjakan pula Zakat. Apabila pembayaran
Zakat telah biasa diamalkan dalam dirinya, BerpuasaLah di Bulan
Ramadhan.
Apabila Puasa sudah sebati dengan diriNya dan jika mampu dari
segi kewangan untuk menunaikan Haji, maka tunaikanlah panggilan
Haji itu. Kerana Saudara sudah sempurna melakukan amalan, selalu
sembahyang, selalu berzakat, selalu berpuasa, maka lawatilah pula
Rumah Allah agar diberikan Iman dan Agama yang sempurna kepada
saudara. Jangan pula melakukan Ibadah Haji yang sia-sia seperti
untuk mendapatkan Gelaran seorang Mukmin atau Beriman semata-
mata. Tetapi haruslah mengInsafi bahawa betapa kerdilnya kita
jika dibandingkan dengan keBesaran Allah dan RumahNya yang suci.
Adakah pernah kita terlintas di fikiran mana-mana amalan kita
tidak sempurna, tidak diterima oleh Allah ? Kadang-kadang amalan
bersedekah atas harta yang sepatutnya di gunakan untuk menunaikan
haji atau untuk keperluan diri sendiri, pahalanya diterima Allah
sama seperti menunaikan haji pada tahun itu. Itulah amalan orang
yang beriman serta tidak berkemampuan.
Hanya Allah sahaja yang Maha Adil dalam menghitung setiap amalan
hambaNya. Begitu juga halnya satu Malam Lailatul Qadar di Bulan
Ramadhan, pahalanya lebih baik dari beramal untuk 1000 bulan atau
83 tahun beramal. Sedangkan hayat umur kita, belum tentu lagi kita
ditakdirkan dapat beramal untuk tempoh yang begitu lama.
6@ Kamu diWajibkan berIman kepada Allah, yang menciptakan kamu
seadanya. Kemudian berIman kepada Malaikat, yang diciptakan Allah
serta mereka patuh dan taat akan setiap perintahNya. BerIman
kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi utusan dari Allah, yang
menyampaikan nasihat-nasihatNya, panduan-panduanNya dan amaran-
amaranNya, agar hambaNya tidak sesat dalam memilih jalan hidup,
antara masuk Syurga kebenaran atau memilih Neraka kesesatan.
Seterusnya berIman kepada Kitab-kitab yang diturunkanNya, dan
menjadikan Kitab Al Quran sebagai Kitab Utama yang menggantikan
kitab-kitab terdahulu. Ini kerana Al Quran, merupakan catatan atau
ungkapan kata-kata dari Allah buat semua hambaNya, baik dari
kalangan Manusia mahupun dari kalangan Jin.
BerIman dengan Qadak dan Qadar dari Allah. Bermaksud setiap takdir
baik dan buruk semua makhlukNya sudah ditulis Allah sebelum kita
dilahirkan lagi. Yang dapat mengubahnya ialah orang-orang yang tetap
berUsaha berTakwa meningkatkan keImanan dan berDoa kepada
adanya tuhan mereka (Allah) yang Maha Memberi Petunjuk.
Akhirnya, mengImani bahawa adanya Hari Akhirat, dimana segala
amalan kita akan dihitung dan dibalas oleh tuhan (Allah). Amalan kita
akan dihitung dengan sebenar-benar, walaupun sebesar kuman, dan
balasan azab atau nikmat menanti mereka sesudah dihisab semuanya.
### 1@ Tunaikan dan perTeguhkanLah Sembahyang Wajib, Lima
waktu. 2@ Pelajari Al Quran dan FahamiLah Maksud terJemahannya
3@ PelajariLah Ilmu agama dan cubaLah menDalami hadith Muslim.
4@ Jangan diMinta, Allah memberi keKayaan Harta, tetapi Mintalah
diKayakan dengan Iman serta keSempatan untuk berAmal kepadaNya.
*** Cubalah berUsaha menjadi seorang Muslim yang Sempurna. ***
" Demi Masa, sesungguhnya Manusia itu dalam Kerugian, dan Tidak
Aku (Allah) ciptakan Manusia dan Jin itu hanya untuk berIbadat
kepadaKu."
" Genius adalah 1% Ilham dari Allah dan 99% Keringat dari Kita sendiri."
" Allah bukan tanya hasilnya, tetapi Usaha-usaha yang kita telah Buat"
" Menuntut ilmu Agama itu Wajib bagi Muslim laki-laki dan perempuan,
samaada muda Remaja atau tua Dewasa, kerana sebagai pemberi
Syafaat dan Teman di alam akhirat kelak..._Norshahuddin Edited...^^..
" Ambillah sifat memberi keMaafan, Perintahlah pada perkara yang Baik,
dan berPalinglah dari orang-orang yang Jahil dalam beragama.
" Surah al a'raf : 199. ..._Norshahuddin Edited...^^.. ###
@@@ Aku cuma berHarap semua anak-anak saudaraKu, menjadi seorang
Hafiz dan Hafizah, yang akan membantu dalam meNeguhkan lagi Tingkat
Iman buat keluarga kami. " Ya Allah, berilah petunjukMu dan peliharaLah
ahli keluargaku dari berBuat Maksiat dan serangan dari Golongan yang
Kafir dan berHasad Dengki. @@@
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
No comments:
Post a Comment