Wednesday, 6 November 2013

Wasiat Allah Kepada Rasullullah...^^..

Wasiat Allah Kepada Rasullullah...^^..

Dari Nabi S.A.W., " Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit,
Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya:

1@ Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya
Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2@ Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3@ Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4@ Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu
sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5@ Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya
pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, " Telah datang kepadaku beberapa orang
tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya
berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya,
yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata,
" Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu:

1@ Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran
hatinya.
2@ Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata
hikmat darinya.
3@ Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan
sangat kemanisan ibadahnya.
4@ Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.
5@ Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6@ Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu
harapkan sangat kelurusan agamanya.
7@ Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan
keredhaan Allah daripadanya."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment