Friday, 15 November 2013

Anak Membangkang Perintah Ayahnya...^^..

Anak Membangkang Perintah Ayahnya...^^..

Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu
berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi
dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya
yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu
tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa
asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad
fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya,
" Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau
tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."

" Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu,
kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada
keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah,
maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai
ayahku." Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, " Kau
membangkang dan tidak mentaati perintahku."

Saad menjawab, " Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah
memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta
sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat
aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."

Maka Khaitsamah berkata, " Wahai anakku, apabila ada antara kita
harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka
dahulukan aku untuk berangkat." Saad menjawab, " Demi Allah wahai
ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya
sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah
yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan
mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi
Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya
mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis,
" Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar.
Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi
itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin
aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku,
" Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji
Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya
di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."

Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid
dan berjumpa dengan anaknya di syurga.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment