Wednesday, 6 November 2013

Kelebihan Berpuasa Pada 10 Muharram...^^..

Kelebihan Berpuasa Pada 10 Muharram...^^..

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa
yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan
memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa
pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000
orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid,
dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari
tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu
darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka
puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia
memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka
puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W,
adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".
Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala
menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada
hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan
Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim
juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim
dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun
pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari
Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah
S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,
dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment