Wednesday, 6 November 2013

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong...^^..

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong...^^..

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan
pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah
S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua
kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata: " Ya Rasulullah,
sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak
meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab: " Mahukah engkau
berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" " Ya,
saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun
pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat
terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri,
berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama
Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu.
Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W. Dalam
perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata
di dalam hatinya: " Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang
dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untuk berbuat jahat, hati kecilnya
terus mengejek. " Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu
nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong
kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat
jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap
kali pulalah hatinya berkata : " Kalau aku berbohong kepada
Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya
jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai
orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu
terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu
berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut
hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya.
Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti
yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah
berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment