Wednesday, 6 November 2013

Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah...^^..

Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah...^^..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap
kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu
sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap
isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya
berkata sambil mengejak, " Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-
sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah
S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya
berkata : " Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-
bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, " Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat,
di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh
isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang
rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, " Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit
itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri
tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
" Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan
duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila
dia hendak memulakan sesuatu kerja.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..

No comments:

Post a Comment