Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud A.S...^^..
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika
tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca
kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah
pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, " Apa yang dikehendaki
Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata
begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.
Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S.
" Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk
membaca " Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu
akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah
mengilhamkan kepadaku supaya membaca " Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim"
setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya
kepada Nabi Daud A.S. " Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku
agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan
kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia
sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat
dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan
yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan
menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada
zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah,
tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak
memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi
yang sama-sama kita tumpangi ini.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..
No comments:
Post a Comment