Hanya Orang Berilmu Yang Takutkan Allah...^^..
Allah Taala berfirman, " Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara
hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu." (Surah Faathir ayat 28).
Cuba kita bandingkan antara kanak-kanak jumpa ular dengan orang tua
yang jumpa dengan ular. Kanak-kanak apabila berjumpa dengan ular,
kanak-kanak itu tidak akan lari bahkan menganggap bahawa ular itu
sebagai alat permainannya. Manakala orang tua yang jumpa ular pula,
mereka akan lari.
Kenapa? Kerana kanak-kanak tidak tahu betapa bahaya dan berbisanya ular
itu. Manakala orang tua yang sudah berpengalaman hidup di dunia ini
akan lari kerana mereka tahu betapa berbisanya sengatan ular itu
walaupun kecil.
Begitulah juga dengan orang yang berilmu dan orang yang jahil. Orang
berilmu akan takut kepada Allah kerana mereka tahu dan yakin bahawa
Allah itu Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui
yang nyata mahupun yang tersembunyi. Manakala orang jahil pula tidak
akan takut kepada Allah kerana mereka ragu-ragu dengan Allah.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..
No comments:
Post a Comment