Suara Syaitan Yang Menggoda Keteguhan Iman...^^..
Sheikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang alim ulama dan ahli sufi
yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat
Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak
pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu
hari, Sheikh Abdul Qadir Jailani berjalan merantau seorang diri.
Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa
kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang
di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan
di atasnya.
Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa: " Hai Abdul
Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan
kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan. Dan telah
kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.
Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib
yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan
imannya. Maka marahlah ia dan berkata : " Hai mal'un beredarlah
engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan
dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah
sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang
diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba
kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku."
Ujarnya tegas.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Nov 2013...^^..
No comments:
Post a Comment