Monday 20 April 2015

Riwayat Nabi Ibrahim (006) +++ Plusss Info...^^..

Riwayat Nabi Ibrahim (006) +++ Plusss Info...^^..


Tinggalan kenangan Kota Babylon lama, yang Hilang akibat
Peperangan dan dimakan arus Zaman...

* Nabi Ibrahim Dibakar Hidup-Hidup. *

Kekalahan Raja Namrud dalam berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s.
malah mengundang kemurkaannya yang lebih besar. Dengan segera
ia memerintahkan tentaranya untuk menghukum Nabi Ibrahim
dengan hukuman yang seberat-beratnya. Demikianlah, Nabi
Ibrahim menjalani hukuman mati dengan jalan dibakar hidup-
hidup.

Api dinyalakan besar sekali dengan kayu hidup sebagai bahan
bakarnya. Nabi Ibrahim a.s. diikat dan diletakkan dalam
tumpukan kayu itu. Namun dengan izin Allah s.w.t. dan
kuasaNya, api tidak membakar Nabi Ibrahim. Ia selamat dan
tidak terluka sedikit pun.

Firman Allah s.w.t., " Kami berfirman, " Hai api, menjadi
dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim."
(Surah Al Anbiya: 69).

Menyaksikan perisitiwa pembakaran Nabi Ibrahim, Raja Namrud
dan para pengikutnya tertawa dengan penuh rasa puas. Mereka
mengira bahwa pasti Nabi Ibrahim telah hancur menjadi abu
di tengah tumpukan kayu bakar yang menyala dahsyat itu.

Tetapi, betapa terkejutnya mereka demi melihat keajaiban yang
terjadi setelah api itu padam. Nabi Ibrahim a.s. tiba-tiba
berjalan keluar dari puing-puing pembakaran dengan selamat
tanpa luka sedikit pun. Lalu beliau pergi meninggalkan mereka.

Sejak kejadian itu, Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke negeri
Kan'an (Palestina) dan di tanah suci (Baitul Maqdis)
di situlah beliau hidup dan berketurunan.

* Dialog Raja Namrud Dengan Nabi Ibrahim a.s.*

" Apakah fitnah yang telah engkau sebarkan kepada rakyatku
sehingga mereka tidak lagi mempercayai aku sebagai tuhan
mereka ? Kau tidak nampakkah aku berkuasa mengatur kerajaan
aku ? Menetap dan membatal sesuatu mengikut kehendakku ?"

" Wahai Namrud ! Aku tidak memfitnah. Aku hanya mengajak kamu
semua menyembah Allah, Tuhan sekalian alam, yang mencipta,
menghidupkan dan mematikan kita semua."

" Aku pun boleh menghidupkan dan mematikan !" " Bagaimana ?"

" Ha,ha,ha ! Bukankah aku berkuasa membebaskan orang-orang
yang sepatutnya dijatuhkan hukuman pancung kepala. Orang lain
tiada kuasa melakukan begitu. Itulah namanya menghidupkan !"

" Wahai Namrud ! Tuhanku telah mencipta matahari, dan
menerbitkannya setiap pagi dari Timur, dan menenggelamkannya
setiap petang di barat. Oleh kerana engkau juga tuhan, maka
bolehlah engkau naikkan matahari ciptaan Tuhanku dari barat
ke timur pula !"

Namrud, * Speechless * . Akhirnya kerana malu, Namrud
menghalau Nabi Ibrahim keluar dari Babylon. Nabi Ibrahim pun
pergi merantau ke negeri Syam. Sebelum itu dia singgah
di sebuah negeri bernama Harran.

* Pertemuan Nabi Ibrahim a.s. Dengan Isterinya,
Siti Sarah.
*

Puteri Sarah, anak Raja Harran merupakan seorang yang sangat
jelita sehingga menjadi rebutan jejaka-jejaka di negerinya,
malah di negeri-negeri lain. Walau bagaimanapun, Puteri Sarah
tidak berkenan kepada seorang pun, sehinggalah dia ternampak
Nabi Ibrahim yang sedang duduk berteduh di bawah pokok.

Puteri Sarah melihat tempat berteduh Nabi Ibrahim itu
bercahaya dan bergemelapan. Wajah Nabi Ibrahim juga sangat
indah dan menyebabkan Puteri Sarah jatuh cinta kepada baginda.

Puteri Sarah menghulurkan buah limau kepada Nabi Ibrahim.
Huluran itu disambut oleh baginda. Inilah simbolik bahawa
baginda menerima cinta sang puteri.

* Nabi Ibrahim a.s. Ke Negeri Sham Bersama Isteri.*

Setelah bernikah, Nabi Ibrahim a.s. memaklumkan kepada isteri
yang sangat dicintainya bahawa baginda mempunyai tugas yang
sangat besar, iaitu sebagai seorang Nabi dan Rasul yang
menegakkan agama Allah di muka bumi. Oleh itu, baginda perlu
ke negeri Syam untuk melaksanakan tanggungjawab baginda.

Atas dasar cinta yang sangat mendalam dan tidak sanggup untuk
berpisah, Puteri Sarah rela meninggalkan segala kemewahan yang
dimilikinya demi mengikuti suaminya mengembara dan berdakwah.
(Sungguh sweet kan, huhu). Keputusan Puteri Sarah ini
dipersetujui oleh ayahandanya Raja Khazan.

Ketika sampai ke negeri Syam, Nabi Ibrahim dan Siti Sarah
mendapati negeri itu berada dalam keadaan yang buruk. Tanaman-
tanaman di sana banyak yang rosak. Kebanyakan penduduk Syam
meninggalkan negeri ini kerana tidak mampu untuk hidup
di negeri yang berkeadaan sebegini. Nabi Ibrahim juga melalui
sebuah negeri bernama Khamsas yang terletak di bawah jajahan
Mesir.

* Siti Sarah Cuba Diperkosa Oleh Raja Mesir.*

Raja Mesir diketahui sebagai seorang yang kejam dan suka
menganiaya rakyatnya. Dia suka merampas harta rakyat,
di samping merampas isteri orang dan membunuh suaminya.
Disebabkan Siti Sarah seorang yang sangat jelita, maka Nabi
Ibrahim bimbang Raja Mesir akan mengapa-apakan isterinya
apabila terserempak nanti.

Dengan itu Nabi Ibrahim telah menyembunyikan Siti Sarah
di dalam sebuah peti kayu yang diletakkan di belakang badan
unta baginda.

Kehadiran Nabi Ibrahim menarik perhatian orang ramai termasuk
para pengawal dan polis sempadan kerajaan Mesir. Para pengawal
telah menahan Nabi Ibrahim dan baginda dibawa menghadap Raja
Mesir.

Bertanya sang raja, " Wahai orang muda ! Apakah barang yang
terdapat di dalam peti itu ?"

" Seorang perempuan," jawab Nabi Ibrahim dengan jujur. Ini
disebabkan Nabi Ibrahim yakin kalau baginda berbohong
sekalipun, Raja Mesir itu tetap akan membuka peti tersebut.

Maka tiada gunanya baginda menipu. Tambahan pula, Nabi Ibrahim
yakin Allah s.w.t. akan melindungi baginda dan isteri baginda
dari segala kecelakaan.

Raja Mesir yang gatal itu pula berasa gembira apabila
mendengar jawapan Nabi Ibrahim. Setelah peti dibuka,
bertambah-tambah lagilah kegembiraan sang raja apabila melihat
Siti Sarah yang tidak terperi cantiknya itu.

Bertanya dia kepada Nabi Ibrahim, " Hai orang musafir ! Apakah
ini isterimu ?"

" Dia adalah saudaraku," Nabi Ibrahim berbohong atas dasar
bermualat, tapi sebenarnya baginda tidak berdusta dari segi
hakikat. Kerana baginda maksudkan saudara dalam agama, bukan
saudara kandung. Walau bagaimanapun Raja Mesir tetap merampas
Siti Sarah, tetapi tidak membunuh Nabi Ibrahim kerana baginda
'bukan' suami Siti Sarah. Siti Sarah dibawa ke bilik khas
dalam istana, manakala Nabi Ibrahim dihumbankan ke dalam
penjara.

Nabi Ibrahim berasa sangat dukacita mengenangkan isterinya
yang bakal diapa-apakan oleh Raja Mesir. Tiba-tiba datang
Malaikat Jibril menenangkan Nabi Ibrahim. Kata Jibril, Allah
tidak akan membenarkan Siti Sarah dari disentuh, apalagi
diapa-apakan oleh Raja Mesir yang zalim itu, hatta menyentuh
kulit sekalipun tidak akan dibenarkan olehNya. Selepas itu
Jibril dan Nabi Ibrahim pun dipertontonkan (seperti tv)
kejadian yang berlaku di bilik Raja Mesir.

Raja Mesir yang sudah sangat berahi itu mula mendekati Siti
Sarah dan memujuk isteri Nabi itu agar bercumbu dengannya.
Setelah Raja Mesir benar-benar hampir dengan Siti Sarah,
secara tiba-tiba sahaja kaki Raja Mesir melekat di lantai,
seolah-olah digam dengan pelekat yang amat kuat.

Setelah tidak dapat menggerakkan kakinya, Raja Mesir yang
tidak berputus asa itu mencuba pula untuk memegang bahu Siti
Sarah. Namun secara tiba-tiba tangan Raja Mesir hilang
sehingga ke paras bahu !

Raja Mesir terus panik. (Yalah, tangan hilang sampai ke bahu
tu !) Dengan rasa menyesal dia meminta agar Siti Sarah berdoa
ke hadrat Ilahi agar memulihkankan anggota badannya. Selepas
Siti Sarah berdoa, tubuh Raja Mesir pun kembali kepada keadaan
asal. Sayangnya Raja Mesir hanya insaf sekejap dan kembali
bernafsu untuk mendapatkan Siti Sarah.

Namun sebelum sempat dia berbuat apa-apa, dengan sepantas
kilat pula Allah melekatkan kaki dan mengudungkan tangan Raja
Mesir. Peristiwa ini berulang sebanyak tiga kali. Pada kali
ketiga, Raja Mesir benar-benar insaf dan mengembalikan Siti
Sarah ke pangkuan Nabi Ibrahim.

" Siapakah lelaki kacak yang bersamamu tadi ? Apakah benar dia
saudaramu ?" tanya Raja Mesir.


" Tidak, dia adalah suamiku," Jawab Siti Sarah. Atas rasa
bersalah dan ingin memohon kemaafan, Raja Mesir telah
menghadiahkan pasangan yang mulia itu seorang hamba bernama
Siti Hajar. Selain itu, mereka juga dikurniakan dengan pakaian
yang cantik dan mahal.

Nabi Ibrahim diberi kebebasan untuk tinggal di mana sahaja,
dan dengan itu baginda memutuskan untuk tinggal di negeri
Khamsas ini bersama keluarga baginda, isteri baginda Siti
Sarah, Siti Hajar dan anak saudara baginda, Nabi Lut a.s.

* Nabi Ibrahim Dan Nabi Luth Berkongsi Penternakan Sehingga
Kaya Raya.
*

Di Khamsas, Nabi Ibrahim bersama anak saudaranya Nabi Lut
mengusahakan perniagaan, pertanian dan penternakan unta,
lembu, kambing dan kibas. Usaha mereka diberkati Allah dan
mendatangkan rezeki yang melimpah ruah. Jumlah ternakan Nabi
Ibrahim dan Nabi Lut sangat melimpah ruah.

Terdapat satu riwayat di mana Jibril datang ke ladang ternakan
dan menyamar dalam bentuk Nabi Adam a.s., dan ketika itu
ternakan Nabi Ibrahim dijaga oleh dua belas ribu ekor anjing !

Setiap anjing dipakai seutas kalung emas di lehernya. Untuk
mengurangkan masalah pengurusan ternakan yang terlalu banyak,
Nabi Ibrahim dan Nabi Lut telah membahagikan harta perkongsian
mereka dan Nabi Lut membawa ternakannnya ke negeri lain
bernama Sadom.

* Berkat Nabi Ibrahim a.s. Ke Atas Palestin.*

Ketika Nabi Ibrahim a.s. sampai di Palestin, baginda mendapati
keadaan bumi Palestin amat gersang. Tanahnya kering, tiada
sebatang pokok dan sehelai rumput pun yang tumbuh di situ.
Nabi Ibrahim berasa susah hati mengenangkan ketiadaan sumber
untuk baginda menternak dan mencari makanan.

Sedang Nabi Ibrahim berfikir, turun Malaikat Jibril menemui
Nabi Ibrahim dan menyuruh baginda melayangkan pandangan
ke sekeliling tanah Palestin yang gersang itu. Dengan izin
Allah, pokok-pokok yang mempunyai buah-buahan dan rumput-
rumput mula bertumbuh dengan banyaknya. Subhanallah.

Dalam masa yang singkat, kawasan itu telah menjadi sebuah
perkampungan manusia. Nabi Ibrahim a.s. tidak melepaskan
peluang ini untuk menyeru umat manusia supaya menyembah Allah
yang Satu dan meninggalkan amalan penyembahan berhala,
matahari, bulan dan lain-lain. Melihat keberkatan yang dibawa
oleh Nabi Ibrahim, masyarakat di situ menerima seruan baginda
dengan mudah.

Setelah itu, Nabi Ibrahim mengajak umatnya membina sebuah
masjid untuk beribadat kepada Allah. Mereka bergotong-royong
membina masjid tersebut. Itulah masjid pertama yang dibina
di Palestin.

* Raja Namrud dan Kaumnya Menerima Azab Allah. *

Karena keingkarannya, Raja Namrud beserta seluruh pengikutnya
mendapatkan siksaan Allah s.w.t. Pada suatu ketika, tiba-tiba
datang serombongan nyamuk yang luar biasa banyaknya. Binatang-
binatang itu langsung menyerbu manusia, menggigit bagian-
bagian tubuh, masuk ke lubang hidung dan telinga orang-orang
kafir itu. Maka binasalah Raja Namrud dan para pengikutnya.

Sementara itu, sejak pindah ke tanah suci (Baitul Maqdis),
Nabi Ibrahim a.s. Kemudian berumah tangga dan memperoleh anak-
anak yang sholeh. Dari istrinya yang bernama Siti Sarah, Nabi
Ibrahim a.s. memperoleh anak yang diberi nama Ishaq. Dan dari
istrinya yang bernama Siti Hajar, beliau memperoleh seorang
putera yang bernama Ismail.

Ishaq kemudian menjadi Nabi dan Rasul, dan menurunkan seorang
anak, Yaqub namanya (kelak, Yaqub juga menjadi Nabi dan Rasul
Allah serta menurunkan anak-cucu sampai kepada Nabi Musa as.).
Sedangkan Ismail juga menjadi Nabi dan Rasul, dan darinyalah
Nabi besar Muhammad saw. mempunyai silsilah.

* Nabi Ibrahim a.s. Berangkat Ke Babylon Untuk Menyeru Raja
Namrud.
*

Setelah Nabi Ibrahim a.s. menjadi pemerintah di Palestin, maka
datanglah perintah Allah s.w.t. agar baginda pulang semula
ke Babylon dengan membawa angkatan tentera bagi menyeru Raja
Namrud agar menyembah Allah s.w.t dan beriman dengan kerasulan
baginda.

Maka berangkatlah Nabi Ibrahim bersama bala tenteranya yang
besar bagi menjalankan misi berdakwah kepada Namrud untuk kali
terakhir. Isteri-isteri baginda tidak turut serta.

Sesampai sahaja mereka ke Babylon, Nabi Ibrahim terus menyeru
Namrud agar beriman kepada Allah dan RasulNya. Namun Namrud
tetap enggan beriman seperti dulu juga. Dia masih yakin bahawa
dirinya tuhan yang paling kuat dan paling berkuasa.

" Aku tidak memerlukan tuhan ! Kerajaan aku amat kuat dan
boleh melawan kerajaan dan tentera Tuhanmu ! Aku yakin aku
dapat mengalahkan Dia !" Begitulah kata-kata Namrud yang
begitu angkuh dengan kekuasaannya.

Kata Namrud lagi, " Aku mempunyai empat ekor burung dari baka
gergasi yang akan terbangkan aku ke langit untuk berperang
dengan Tuhanmu !"

Melihat keadaan Namrud yang masih kekal dalam kekufurannya,
Nabi Ibrahim tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Baginda juga
tidak jadi berperang dengan Namrud kerana raja kufur itu tidak
bersedia untuk berperang. Tambahan pula, baginda membawa
tentera-tenteranya hanya sekadar persediaan kalau-kalau bala
tentera Namrud mahu menyerang mereka. Nabi Ibrahim berserah
kepada Allah s.w.t. dan pulang ke Baitul Maqdis.

* Raja Namrud Terbang Ke Langit. *

Sekembalinya Nabi Ibrahim, Namrud berasa amat marah dan dia
menjadi begitu bersemangat untuk pergi berperang dengan Allah.
Dia melatih burung-burung gergasinya agar terbang ke langit,
namun tidak berjaya. Ini disebabkan Namrud tidak tahu cara
melatih burung terbang.

Iblis yang sekian lama ingin menambahkan kesesatan Namrud
memberikan satu ilham untuk menjadikan burung itu dapat
terbang. Setelah berjaya, Namrud pun pergi ke langit setinggi
yang boleh dengan membawa busur dan panah. Setelah berasa
cukup tinggi, Namrud pun melepaskan panahnya.

Allah memerintahkan malaikat Jibril agar menangkap panah
tersebut dan melumurkannya dengan darah. Kemudian Jibril
melemparkan panah itu semula ke bawah. Setelah mendapati panah
yang dibalingnya tadi berlumuran dengan darah, Namrud berasa
sangat gembira kerana kononnya dia berjaya membunuh Allah.
* Astaghfirullahalazim.* Allah membuat tipudayaNya.

* Nabi Ibrahim a.s. Berpatah Balik Ke Babylon.*

Selepas mendengar cerita Namrud mahu melawan Allah, Nabi
Ibrahim terus berpatah balik untuk mendakwah Namrud yang nyata
sudah terlalu jauh kesesatannya.

" Wahai Namrud ! Allah menjadikan kau berkuasa di dunia dan
dapat melakukan apa saja kehendakmu. Mengapa engkau tidak mahu
patuh akan arahan Allah ? Sekiranya engkau beriman kepadaNya,
sudah tentu Dia akan menambah kekuasaanmu. Di akhirat pula
nanti kau akan dapat memerintah kerajaan yang jauh lebih besar
dan kekal kenikmatannya !"

Jawab Raja Namrud, " Wahai Ibrahim ! Aku tidak memerlukan
nikmat Tuhanmu. Dan kini aku mendapat kerajaan di langit dan
bumi, kerana Tuhanmu telah aku bunuh ketika di langit tadi.
Lihatlah anak mata panahku yang berlumuran darah ini !"
Lantas Namrud menunjukkan panah yang dimaksudkannya.

" Engkau sekali-sekali tidak dapat membunuh Allah," pintas
Nabi Ibrahim. " Dia yang memberi rezeki kepada manusia, bukan
manusia memberi rezeki kepadaNya. Tuhanku jua yang menjadikan
segala sesuatu, bukan Dia yang dijadikan orang. Dan Dialah
juga yang mematikan segala sesuatu, sedangkan orang tidak
dapat mematikanNya. Dia adalah Tuhan yang kekal dan hidup
selama-selamanya !"

Berang dengan kata-kata lantang dan tepat dari Nabi Ibrahim,
Namrud mencabar Nabi Ibrahim berperang dengannya. Dia bukan
saja mahu berperang dengan tentera baginda, malah seluruh
tentera Allah di langit dan bumi.

" Berapa banyakkah tentera Tuhanmu ?" tanya Namrud. " Tentera
Tuhanku terlalu banyak sehingga tidak mampu dibilang. Mereka
terdiri dari manusia, jin, malaikat dan makhluk-makhluk lain."

Kata Nabi Ibrahim lagi dengan tenang, " Kumpulkanlah tenteramu
dulu. Tentera Tuhanku memang sudah terhimpun hanya menunggu
masa sahaja."

Namrud pun bergegas mengumpulkan bala tentera dari seluruh
tanah taklukannya seperti Syam, Rom, Hindustan, Turkistan,
Habsyah dan lain-lain.

* Raja Namrud Tewas Kepada Seekor Nyamuk Buta.*

Setelah Namrud bersedia untuk berperang bersama bala
tenteranya yang sangat besar dan gagah itu, Nabi Ibrahim pun
menadah tangan berdoa memohon bantuan Allah s.w.t. Tiba-tiba
langit menjadi gelap seperti ditutupi dengan sesuatu. Semua
yang ada terpinga-pinga.

Nabi Ibrahim berkata kepada Namrud, " Inilah tentera Tuhanku
yang mahu menyerang Tuhanmu."

Sejurus selepas itu, berbilion-bilion nyamuk turun dari langit
dan mula menyerang tentera-tentera Namrud. Nyamuk-nyamuk itu
mencucuk kepala tentera dan menghisap darah dan otak mereka
hingga kering.

Namrud menjadi bingung dan ketakutan melihat satu demi satu
askarnya mati diserang nyamuk. Dia berlari ke dalam istana
untuk menyelamatkan diri. Tanpa disedarinya, seekor nyamuk
yang buta dan bertampung badannya telah mengekori Namrud.

Namrud ketakutan melihat nyamuk di kamarnya. Dia cuba membunuh
nyamuk tersebut namun gagal. Sebelum dia sempat berbuat apa-
apa, nyamuk itu masuk ke dalam lubang hidung Namrud dan menuju
ke otaknya.

Namrud meraung-raung kesakitan apabila nyamuk tersebut
menikam otaknya berkali-kali. Dia tidak dapat tidur kerana
sentiasa kesakitan. Nabi Ibrahim datang sekali lagi untuk
mengajaknya beriman, namun Namrud tetap enggan. Setelah 40
hari 40 malam, maka Namrud pun menemui ajalnya. Dengan
kematiannya, ramailah rakyat yang memeluk Islam.

Sumber Tepercaya... http://duniayangsekejap.blogspot.com/
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment