Wednesday 29 April 2015

Mengapa Perlu BerSedih, Allah Kan Ada !

Mengapa Perlu BerSedih, Allah Kan Ada !

Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita...

Memang kita akan terLuka.
Memang kita akan teRasa.
Memang kita akan Sakit.
Memang kita akan Merana.
Memang kita akan menDerita.

Tapi, cuba fikir satu persatu.

Adakah apa yang mereka katakan itu seratus peratus benar
tentang kita ?. Enak sangatkah " cerita" mereka itu sehingga
orang lain akan mempercayainya membuta tuli ?. Sejauh mana
kebenaran dalam kata-kata yang tidak baik itu terhadap kita ?
Rasa-rasa, sampai bila orang-orang sebegitu akan bertahan
untuk terus dan terus memperkatakan tentang kita ?. Mereka itu
tiada pernah buat salah ke, sehingga asyik melihat salah orang
lain je ?

Mereka itu adalah manusia. Manusia adalah hamba Allah. Tiada
satu manusia pun yang sempurna melainkan Baginda SAW. Manusia
ini sering diliputi dosa sama ada disedari atau tidak
disedari, disengajakan atau tidak sengaja. Dan setiap manusia
itu memang ada kekurangan dan kelemahan. Begitu juga dengan
kelebihan.

Tapi, kekurangan itu perlu diBaiki. Kelebihan itu perlu
di Syukuri. Ingat sentiasa bahawa kekurangan manusia perlu
kita terima. Kerana apa ? Kerana kita manusia. Kita semua
adalah sama.

Taraf kita sama. Takkan melebihi sesiapa. Terima kekurangan
itu. Jalan terbaik adalah berDiam Diri. Dan doakan mereka-
mereka itu. Semoga Allah melimpahi Nur dan HidayahNya untuk
mengUpgrade kekurangan tersebut ke arah keBaikan.

Itu kisah " mereka yang lain." Kisah kita ? Kita yang
menghadapi kata-kata tidak baik itu, bagaimana pula ?
Muhasabah diri semula.

Apa yang kita buat selama kita hidup ini, sebab orang-orang
yang berkata itu ke ? Atau sebenarnya, kita buat sesuatu itu
kerana Allah semata-mata ? Hidup kita ini berpaksikan kepada
siapa sebenarnya ? Allah atau manusia ?

Kita ini ingin dapatkan redha Allah atau redha manusia ? Kalau
kita nak berubah sesuatu ke arah kebaikan, kita perlu minta
kekuatan dari Allah atau hamba Allah ? Niat kita sepanjang
hidup ini adalah untuk apa ?

Allah yang mencipta kita. Dialah yang menghidupkan roh kita.
Dialah yang berkuasa ke atas sesuatu. Dialah Pemilik Kerajaan
Langit dan Bumi. Dia tidak lain adalah Tuhan kita (Allah).
Hanya Dia yang layak disembah. Jadi, alasan apa yang kita
ingin gunakan untuk melakukan sesuatu tanpa berniatkan
Lillahi Ta'ala ?

Inna a'malu binniat, " Sesungguhnya, segalanya bergantung
kepada niat. Apa yang kita lakukan hendaklah dipasang dengan
niat kerana Allah." Apa-apapun, yang pertama tetap Allah.

" Kenapa perlu kecewa apabila ada orang negatif dengan kita ?
Apakah kita bekerja kerana mereka ?" Hilal Asyraf*

Apa yang kita dapat melalui kata-kata penulis terkenal ini ?
Fikir, tanya hati kita sendiri. Tujukan persoalan itu terhadap
diri kita sendiri. Hidup kita ini perlu sentiasa bermuhasabah.
Fikir, fikir dan fikirkan sesuatu itu secara positif dan
berhikmah.

Pujuklah hati. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana
kata-kata tidak baik daripada mereka. Sabarlah. Allah itu
bersama orang-orang yang sabar. Setiap satu yang berlaku pasti
ada hikmah. Hikmah itu rahsia Dia. Kita mencari dan menanti
dengan doa. Sesungguhnya, Doa itu senjata orang Islam mukmin.

@Ingatlah
*

Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita. Mereka tidak.

Dan yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita. Dia
faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri
kita. Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah ? Allah
itu ada. Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.

Kita hamba Dia. Serahkanlah diri padaNya. Dia Pengubat
Kelemahan. Dia jugalah Pemberi Kegembiraan. Ketenangan itu ada
pada Dia. Perlukah kita untuk tidak mencari ? " Allah kan
ada !"

" If Allah is your friend, who dares to be your enemy ?"

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment