Monday 13 October 2014

Anak Soleh PengUbat IbubapaNya...^^..

Anak Soleh PengUbat IbubapaNya...^^..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan pula bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:

" Ada seorang hamba yang ditinggikan darjatnya. Lalu dia bertanya,
" Wahai Tuhanku, mengapa darjat ini diberikan kepadaku ? Allah
berfirman, sebab permohonan ampun anakmu untukmu sesudah kamu
meninggal." (HR.Ahmad,Ibnu Majah, dan Baihaqi)

Segala usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak
merupakan proses panjang yang harus dilakukan dengan penuh
ketulusan dan pengorbanan yang bukan sedikit.

Doa dan permohonan ampun dari seorang anak soleh untuk ibu bapanya
yang meninggal mampu mengubah nasib buruk yang menimpa setiap ibu
bapa. Mungkin, ibu bapa mendapat balasan dari perbuatan yang
menyeleweng ketika masih hidup, tetapi dengan adanya seorang anak
dengan doa yang selalu dia tujukan untuk meminta ampun bagi
kedua ibu bapanya sedikit sebanyak akan menolongnya.

Inilah jaminan pasti yang akan diperolehi setiap ibu bapa jika
telah berhasil menghasilkan anak soleh. Maka, semakin jelaslah
sumbangan seorang anak soleh bagi ibu bapanya yang meninggal.

Seorang anak pastinya boleh menjadi tiket ke syurga bagi ibu
bapanya, dan tidak lupa juga, penyebab sekaligus membuat ibu bapa
terjerumus ke dalam api neraka...^^..

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2014/Zulhijjah 1435...^^..

No comments:

Post a Comment