Tuesday 8 October 2013

Nasihat Buat Puteriku...^^..

Nasihat Buat Puteriku...^^..

Ibu Badwi berkata, " Hai puteriku! Engkau akan berpisah dengan
lingkungan tempat engkau tinggalkan khemah tempat engkau ditatih dan
dan dibesarkan menuju ke sebuah sarang yang sama sekali belum engkau
ketahui, berdampingan dengan kawan yang belum engkau kenal akan
sikapnya. Maka dengan kedudukannya selaku seorang pemilik dirimu, dia
akan menjaga dan menguasai dirimu. Jadilah engkau sebagai hamba
baginya supaya dia juga akan menjadi hambamu." " Hai, puteriku!
Camkanlah olehmu sepuluh pesanku ini, untuk kau jadikan simpanan dan
ingatan iaitu, 1@ Bergaullah suamimu dengan sikap bertolak ansur.
2@ Bermuasyarahlah dalam rumah tangga dengan mendengar serta mentaati
suamimu sebaik-baiknya. 3@ Peliharalah selalu akan keindahan apa-apa
yang menjadi tujuan pandangan suamimu. Hilangkanlah bau-bau tidak
sedap dari tempat-tempat yang akan dicapai oleh hidungnya. Janganlah
sampai dia melihat sesuatu yang buruk daripada dirimu, dan jangan
pula sampai dia mencium daripada dirimu kecuali bau yang wangi
semerbak. 4@ Bercelaklah engkau dengan sebaik-baiknya. 5@ Air adalah
sebaik-baik wangi-wangian apabila wangian tidak ada. Mandilah dengan
sempurna sebelum berhadapan dengan suami. 6@ Peliharalah waktu makan
suamimu, dan tenangkanlah dia sewaktu dia tidur. Kerana perit dan
panasnya lapar itu dapat membakar, manakala kurang tidur dapat
membangkitkan kemarahan. 7@ Peliharalah rumah dan hartanya, tujukan
perhatianmu terhadap dirinya, harga diri dan ahli keluarganya.
Kerana memelihara harta bendanya itu merupakan penghargaan yang baik.
Memberi perhatian kepada ahli keluarga dan harga dirinya merupakan
perbuatan terpuji. 8@ Janganlah engkau bocorkan rahsianya, jangan
engkau bantah suruhannya. Kerana apabila rahsianya telah engkau
bocorkan, engkau tidak akan terlepas daripada kemarahannya dan
apabila engkau membantah kata-katanya bererti engkau menyempitkankan
dadanya. 9@ Jauhilah rasa gembira, tatkala suamimu sedang dirundung
kesusahan atau kesedihan dan janganlah pula engkau bersikap murung
tatkala suamimu sedang gembira. 10@ Hendaklah engkau bersungguh-
sungguh mengagung dan menyanjungi suamimu, supaya dia memuliakan
engkau. Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menyetujui pendapat, buah
fikiran atau rancangan hidupnya yang tidak bersalahan dengan nilai-
nilai agama, agar dia lebih lama mendampingi dirimu." " Ketahuilah
olehmu wahai puteriku! Bahawa engkau tidak akan memperoleh sesuatu
yang engkau ingini, kecuali engkau mendahulukan keredhaannya
daripada keredhaanmu, mendahulukan keinginannya daripada keinginanmu,
terhadap sesuatu yang kamu sukai dan kamu benci, Allah akan
memilihkan yang baik buatmu."

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2013...^^..

No comments:

Post a Comment