Tulang RusukKu...^^..
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang
lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat Allah
menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Selepas berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan
manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai
tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang
ada. Hidup mereka menjadi bosan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta antara satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan
pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada
akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “ Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara
spontan juga berteriak “ Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata
bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air
yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan
berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-
barangnya, bertekad untuk berpisah.
“ Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri
tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,
sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit
dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “ Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa
sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah
dengan bodohnya dia patahkan…
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..
No comments:
Post a Comment