Tidak Perlu Seorang Pembantu...^^..
Saiyidina Ali r.a. berkata kepada murid-muridnya : “ Patutkah aku
menceritakan kepada kamu semua kisah mengenai Fatimah r.a. yang paling
dicintai dan dikasihi oleh Rasulullah SAW?”
Murid-muridnya memberi jawapan setuju,lalu beliau pun bercerita:
“ Fatimah r.a. biasa menggunakan pengisar untuk mengisar bijirin yang
menyebabkan tumbuhnya bintat pada tapak tangannya. Dia mengangkat
air kerumahnya dalam sebuah beg kulit sehingga menyebabkan timbul
parut di dadanya. Dia mencuci rumahnya seorang diri sehingga pakaiannya
kotor. Sekali peristiwa, beberapa orang tawanan perang telah dibawa
ke Madinah. Aku pun berkata padanya: “ Pergilah engkau kepada
Rasulullah SAW dan mohonlah padanya agar diberikan seorang pembantu
supaya dapat membantumu di dalam kerja-kerja rumahmu.” Dia pun pergi
mendapatkan baginda tetapi didapati ramai orang telah mengelilingi
baginda. Oleh kerana dia seorang yang bersopan santun, dia tidaklah
berani untuk membuat permohonan itu kepada Rasulullah SAW di hadapan
khalayak ramai. Pada keesokkan harinya, Rasulullah SAW telah datang
ke rumah kami dan berkata:
“ Hai Fatimah! Apakah yang menyebabkan engkau datang kepada aku
semalam?” Dia merasa malu untuk menyatakannya lalu mendiamkan diri
sahaja. Aku pun berkata: “ Ya Rasulullah, Fatimah telah tumbuh bintat-
bintat yang menyelar ditangannya dan di dadanya disebabkan dia mengisar
dan mengangkat air sendirian. Dia juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain
urusan pekerjaan rumahtangga menyebabkan pakaiannya kotor. Aku
menyuruhnya supaya menemuimu untuk meminta orang tawanan agar
meringankan bebannya.”
Rasulullah SAW pun berkata: “ Takutlah akan Allah, hai Fatimah.
Bertaqwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-
kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah ‘Subhanallah’
33 kali, Alhamdulillah’ 33 kali, Allah hu Akbar 34 kali. Dengan ini akan
engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu.”
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..
No comments:
Post a Comment