Malaikat PembantuKu...^^..
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari
Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki
akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan
balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil
jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok
dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang
agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut.
Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut
dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah
berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia
membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah
membantu dia di saat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.
Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat
sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia guna semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan.
Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas
siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah
perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia
mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan
di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan
(sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“ Why don’t you do anything to me on that night even though you
know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak
tau saya seorang je masa tu?)
Perogol itu menjawab:
“ No, you are not alone. That night I saw two young man walking with
you. One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang
lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang
lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak seorang malam tu, sudah pasti
awak jadi mangsa saya)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin
juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
Moral cerita:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US
dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
“ Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..
No comments:
Post a Comment