Definisi Cinta...^^..
Cinta
- Cinta adalah perasaan semulajadi yang wujud dalam diri. Seseorang yang
mengalami cinta akan tertarik kepada yang dicintainya dengan penuh
perasaan dan kegembiraan.
Anugerah Cinta
- Cinta adalah perasaan sayang yang terbit dari hati tanpa dipaksa. Cinta
adalah anugerah suci dari Tuhan. Semua manusia merasai kenikmatan
cinta tanpa mengira peringkat usia.
Cinta & Kehidupan
- Cinta adalah satu perkara yang indah dan suci dan tidak boleh dipisahkan
dari kehidupan. Pengertian cinta perlulah dihayati berpandukan ajaran
agama, adab dan budaya setiap kaum.
Cinta Tuhan (Allah) Cinta Sejati, Cintakan Insan Ke arah Kebaikan
- Cinta kepada Tuhan(Allah) adalah cinta yang paling agung antara cinta-
cinta lain. Sesiapa yang mengalami cinta jenis ini akan menjadikan
kehidupan mereka berlandaskan keyakinan dan kepercayaan kepada
Tuhan mereka. Ajaran agama menjadi tali ukuran setiap tindak tanduk
seharian.
Cinta Kepada Ibu Bapa, Keluarga & Sesama Insan
- Adalah perasaan kasih kepada seseorang kerana ikatan agama,
kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan.
Cinta Kepada Negara
- Perasaan patriotik terhadap negara untuk mempertahankan maruah
tanahair dari sebarang perbuatan penjajahan.
Cinta Kepada HartaBenda
- Cinta kepada hartabenda yang keterlaluan akan membentuk individu
yang mementingkan diri sendiri dan menuruti kemahuan nafsunya tanpa
mengambil kira kepentingan orang lain.
Cinta Remaja
- Salah satu perubahan psikososial yang ketara di alam remaja adalah
timbulnya rasa tertarik kepada gadis atau teruna berlainan jantina.
Dalam mencari cinta, remaja mesti tahu membezakan antara dorongan
nafsu/seksual, jatuh hati, cinta monyet dan cinta sejati.
Dorongan Seksual
- Biasanya dialami oleh golongan teruna. Terpikat pada sifat fizikal
seseorang gadis seperti bentuk tubuh badan yang mengiurkan. Ini
menyebabkan teruna melakukan perilaku yang tidak sihat.
Cinta Monyet
- Cinta yang berasaskan kepada pandangan/ tanggapan palsu dan bersifat
sementara.
Jika Jatuh Cinta
- Cinta anda tidak semestinya dibalas. Bersedialah untuk menerima
penolakan cinta dari orang yang anda puja. Ini membantu meningkatkan
keyakinan diri.
Cinta Sejati
- Cinta sejati tidak semestinya dimeterai oleh perkahwinan. Perasaan
cintanya akan merelakan dan melepaskan dia demi cinta untuk kebaikan
orang yang dikasihinya tanpa mengorbankan maruahnya. Senang hati
melihat orang yang kita sayangi bahagia walaupun tidak mendapat
cintanya.
Cinta yang Lahir dari Naluri Insan
- Adalah berdasarkan nilai-nilai murni yang dizahirkan oleh orang yang
dicintainya.
Cinta Suci
- Cinta yang tidak dicemari oleh tingkah laku negatif yang boleh
memusnahkan nilai-nilai dan cita-cita masa hadapan.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..
No comments:
Post a Comment