Wednesday 17 September 2014

Ya Mu'izz, Ya Mudzil, Ya Samii', (025-027), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Mu'izz, Ya Mudzil, Ya Samii', (025-027), Nama-Nama Allah
Dan Fadhilatnya...^^..

*** Al Mu'izz. (025) ***
(Maha Memuliakan, Maha Pemberi Kemuliaan)

Al Mu'izz, Maha Memuliakan. Memuliakan orang yang berpegang teguh
kepada agamanya. Maksudnya, Allah s.w.t. memberikan kepadanya
pertolongan, kemenangan dan hidayah kepadanya.

+++ Dihormati Orang
Sesiapa yang membaca (Ya Mu'izz) 140 kali selepas solat Isyak pada
setiap malam Isnin dan Jumaat. InsyaAllah dia akan menjadi mulia
pada pandangan orang lain dan begitu juga, dia tidak ditakuti pada
pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapapun selain
Allah s.w.t.

+++ Orang Dimuliakan
Sesiapa yang membaca (Ya Mu'izz) 40 atau 41 kali di malam Isnin
atau Jumaat selepas solat Maghrib, insyaAllah saudara akan
dimuliakan oleh masyarakat.

*** Al Mudzil. (026) ***
(Maha Menghinakan, Maha Merendahkan)

Al Mudzil, Maha Menghinakan. Melaknak musuhNya dan musuh-musuh
umat Islam seluruhnya. Memberi kekalahan kepada mereka yang
berbuat jahat termasuklah muslim yang mempunyai niat jahat.

+++ Perlindungan Dari Kejahatan
Sesiapa yang membaca, (Ya Mudzil) sebanyak 75 kali, dia akan
dijauhkan Allah dari bahaya orang-orang yang ingin memudaratkannya.

+++ Mendapatkan Hutang
Sesiapa yang mempunyai wang pada orang yang liat membayar
hutang, hendaklah dia memperbanyakkan membaca (Ya Mudzil),
di waktu siang dan malam. InsyaAllah orang yang berhutang itu akan
insaf, dan membayar hutangnya.

+++ Hindari Ancaman Bahaya Dan Musuh
Sesiapa yang membaca zikir ini, seperti katanya. (Ya Mudzil) 75 kali
ketika berada dalam ketakutan. Setelah itu, dia sembahyang dan
dalam sujudnya, dia menyebutkan nama orang yang ditakutinya,
seperti berikut:

" Allah humma a'minni min syarrihi (nama musuh/binatang berbisa
/haiwan gangguan)."

" Wahai Allah, peliharalah aku dari kejahatan si fulan
(musuh/binatang)"

InsyaAllah, dia akan selamat daripada ancaman-ancaman tersebut.

*** As Samii'. (027) ***
(Maha Mendengar)

As Samii', Maha Mendengar. Mendengar suara yang kuat dan
perlahan, bahkan pula mendengar benda-benda yang tidak bersuara
menurut anggapan manusia, contohnya suara semut, batu, haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan
benda-benda yang wujud di alam ini ternyata bersuara dan bertasbih
memuji Allah s.w.t., sekalipun mereka tidak faham apa yang mereka
ucapkan.

+++ Membaikkan Pendengaran
Apabila dibacakan (Ya Samii') sebanyak 500 kali setelah mengerjakan
sembahyang Dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan
dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan disembuhkan dari penyakit tuli serta
pendengarannya akan bertambah baik.

+++ Dimakbulkan Hajat
Sesiapa yang membaca (Ya Samii') 100 kali pada hari Khamis,
setelah mengerjakan solat Zohor, kemudian dia menahan dirinya dari
bercakap dengan sesiapapun. InsyaAllah, segala hajatnya akan
dimakbulkan.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2014/Zulkaedah...^^..

No comments:

Post a Comment