Wednesday 17 September 2014

Ya Baasith, Ya Khoo'fidh, Ya Roofi', (022-024), Nama-Nama Allah Dan Fadhilatnya...^^..

Ya Baasith, Ya Khoo'fidh, Ya Roofi', (022-024), Nama-Nama Allah Dan
Fadhilatnya...^^..

*** Al Baasith. (022) ***
(Maha Meluaskan, Melapangkan Hidup)

Al Baasith, Maha Meluaskan dan Maha Melapangkan Hidup.
Memudahkan terkumpulnya rezeki dan menghimpunkan kekayaan
bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Melapangkan hidup hamba yang
dikehendakiNya.

+++  Menjadi Orang Berilmu
Sesiapa yang membaca (Ya Baasith) 10 kali setelah mengerjakan
solat Dhuha, insyaAllah akan diluaskan punca rezeki dan ilmunya.

+++ Dibuka Pintu-Pintu Kejayaan
Sesiapa yang membacakan (Ya Baasith) 300 kali atau lebih dengan
mengangkat kedua tapak tangannya ke langit, kemudian disapukannya
ke mukanya. InsyaAllah dibukakan baginya satu pintu daripada pintu-
pintu kejayaan.

+++ Tidak Bergantung Kepada Orang Lain
Sesiapa yang selalu membaca (Ya Baasith) 10 kali selepas solat
sunat atau selepas solat Subuh dengan menadahkan kedua tapak
tangannya dan kemudian menyapu ke mukanya. InsyaAllah dia akan
sanggup berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

*** Al Khoo'fidh(Khafidh). (023) ***
(Maha Penghina, Maha Menjatuhkan)

Al Khoofidh, Yang Menghina, Maha Menjatuhkan. Maksudnya
menjatuhkan orang atau anak Adam selayaknya dijatuhkan kerana
kelakuannya dan kesalahan sendiri, yakni dengan memberikannya
kehinaan, kerendahan dan seksaan di kalangan masyarakat.

+++ Dimakbulkan Hajat
Sesiapa yang membaca (Ya Khoo'fidh) sebanyak 500 kali setiap hari
dalam keadaan khusyuk dan bersih (daripada najis dan hadas),
insyaAllah akan dikabulkan hajatnya dan dijatuhkan martabat musuh
atau penentangnya.

+++ Terhindar Dari Ancaman Musuh
Sesiapa yang membaca (Ya Khoo'fidh) 1000 kali, insyaAllah akan
mendapat keamanan daripada ancaman musuh.

+++ Menghilangkan Kebimbangan
Baca (Ya Khoo'fidh) 500 kali, insyaAllah saudara akan bebas dari
kebimbangan Dunia dan Hajat akan dimakbulkan.

*** Ar Roo'fi'(Ra'fi'). (024) ***
(Maha Tinggi, Maha Meninggikan)

Ar Roo'fi', Maha Meninggikan, Maksudnya meninggikan orang Muslim
yang sepatutnya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang gigih
dalam memperbaiki iman dan amal kebajikannya, beliau termasuk
dari golongan kaum yang bertakwa.

+++ Menghindari Rompakan
Sesiapa yang membaca, (Ya Roo'fi') sebanyak 70 kali setiap hari,
terutamanya pada waktu malam. InsyaAllah hartanya akan terpelihara
daripada kecurian, rompakan, penipuan dan sebagainya.

+++ Mendapat Perlindungan
Sesiapa yang membaca (Ya Roo'fi') 70 kali ketika dia didatangi orang
zalim. InsyaAllah, dia akan selamat daripada penganiayaannya.

+++ Menjadi Yang Terbaik
Sesiapa yang membaca (Ya Roo'fi') 100 kali atau 40 kali setiap
malam Isnin dan malam Jumaat, yakni selepas Maghrib atau Isyak.
InsyaAllah, jika diamalkan dengan berterusan dia akan memperolehi
kehebatan di kalangan rakan-rakannya atau masyarakat lainnya.

+++ Darjat Kemuliaan Dari Allah s.w.t.
Sesiapa yang membaca (Ya Roo'fi') 100 kali sehari semalam,
atau setiap malam. InsyaAllah darjat dan kedudukannya akan
ditinggikan di sisi Allah s.w.t.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Sept 2014/Zulkaedah...^^..

No comments:

Post a Comment