Friday, 14 February 2014

Seorang Kristian Masuk Islam Berkat Memuliakan Asyura...^^..

Seorang Kristian Masuk Islam Berkat Memuliakan Asyura...^^..

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang
kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang
miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, " Wahai
tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan
keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta
pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya
berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."
Qadhi menjawab, " Datanglah selepas waktu zohor !"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi
memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati
janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang
Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali
keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka
beredarlah si miskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang
kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang
Kristian itu si miskin minta sedekah, " Tuan, demi keagungan dan
kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga
saya."

Si Kristian bertanya, " Hari apakah hari ini ?" " Hari ini hari Asyura",
kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari
Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar
cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi
sedekah. Berkata si Kristian, " Katakan apa hajatmu padaku !"

Berkata si peminta sedekah, " Saya memerlukan sepuluh keping roti,
lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia
memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya.
Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya.

Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.
" Angkat kepalamu !" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia
mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua
buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-
bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut
yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, " Ya Tuhan, untuk
siapa bangunan yang sangat cantik ini ?"

Terdengar jawapan, " Semua bangunan ini adalah untuk kamu
andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah
itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian
yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada
si Kristian, " Amal apakah gerangan yang kau buat semalam
hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik ?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya
bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang
memerlukannya pada hari Asyura' itu.

Kata Qadhi, " Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus
ribu dirham." Kata si Kristian, " Ketahuilah wahai Qadhi,
sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat
diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."

Kata Qadhi, " Mengapa anda begitu dermawan, sedangkan anda
bukan seorang Islam ?" Ketika itu juga orang Kristian itu
membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah
syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh
Nabi Muhammad S.A.W.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

No comments:

Post a Comment