Friday, 14 February 2014

Balasan Meninggalkan Solat...^^..

Balasan Meninggalkan Solat...^^..

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk
ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat
pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,  " Wahai orang
muda kenapa kamu menangis ?"

Maka berkata orang muda itu, " Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya
telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang
yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan
Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. mengikuti orang muda itu untuk melihat
masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.s. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa
menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu
kepada Rasulullah S.A.W, " Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat
ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah
orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian
mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu
Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat
tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah
S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, " Wahai orang muda,
apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia
dulu ?"

Berkata orang muda itu, " Sebenarnya ayahku ini tidak mahu
mengerjakan solat."  Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,
" Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang
meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan
oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia
dan sewaktu mereka menyembahyangnya tiba-tiba kain kafan itu
bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka
melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut
serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka
cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, " Laa ilaaha illallahu Muhammadur Rasulullah,
mengapakah kamu semua hendak membunuh aku ? Aku tidak
berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, " Apakah kesalahan yang telah
dilakukan oleh mayat ini ?" Berkata ular, " Dia telah melakukan
tiga kesalahan, di antaranya : "

1@ Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk
Sembahyang berJamaah. 2@ Dia tidak mahu keluarkan Zakat
hartanya. dan 3@ Dia tidak mahu menDengar Nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

No comments:

Post a Comment