Saudara Mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan...^^..
Kata Kumail, " Saya bersama-sama Saidina Ali telah berjalan ke arah
padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan
yang terdapat di situ sambil berkata, " Ya, ahli-ahli kubur ! Wahai
kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan
kamu di dunia sana ? Setahu kami segala harta peninggalan kamu
telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim
dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula.
Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."
Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, " Ya Kumail !
Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan
mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan
dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, " Ya Kumail, perkuburan
merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita
menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."
Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-
perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan
berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar
hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor
binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang
menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam
sebuah hadith, " Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang
ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal
perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali
selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya
hanyalah amalannya sahaja."
Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya,
" Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu,
kekayaan dan amal perbuatanmu ?" Sahabat-sahabat semua ingin
mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, " Perhubungan
itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia
dengan tiga orang adik-beradiknya. Apabila manusia hampir-hampir
hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-
saudaranya tadi lalu berkata, " Saudara, engkau tahu keadaan aku
bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan padaku ?"
Saudaranya menjawab, " Aku akan memanggil doktor untuk
merawati kamu dan aku akan menjaga kamu. Kalau engkau mati,
aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung
jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu.
Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya.
Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua.
Jawapannya begini, " Aku akan berada bersama-sama dengan engkau
selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik sahaja engkau meninggal,
aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini
ialah harta kekayaannya.
Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia
menjawab, " Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam
kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal
perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu
yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah
diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?"
Jawab para sahabat, " Ya Rasulullah, tidak syak lagi yang
saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..
Yang Penting Mencari Keredhaan Allah, Masuk Neraka dengan keredhaan Allah itu lebih baik daripada masuk Syurga dengan keredhaan Manusia, kesayanganmu...Jika Dia(Allah) telah menerima Amalanmu sedangkan seluruh Makhluk berPaling daripadamu. Itulah yang Penting, Bersih dan Suci, kerana kita menyatakan keHambaan kita kepada Tuhan kita. Kita ini Terlalu banyak Dosa terlihat mahupun terLindung, tanpa kita Sedari...^^.. BerHaraP Ahli KeluargaKu DaPat Masuk SyurGa SeMuaNYa, LeBih Aku Sukai...^^..
Friday, 21 February 2014
Saudara Mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan...^^..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment