Friday, 21 February 2014

Kubur Berkata Sewaktu Jenazah Fatimah Az Zahra Hendak Dikebumikan...^^..

Kubur Berkata Sewaktu Jenazah Fatimah Az Zahra Hendak Dikebumikan...^^..

Di kisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka
jenazahnya telah di usung oleh 4 orang, antaranya :

1@ Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2@ Hasan (anak Fatimah r.a)
3@ Husin (anak Fatimah r.a)
4@ Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka
Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, " Wahai kubur,
tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ?
Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak
Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, " Aku bukannya tempat bagi mereka yang
berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat
amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat
dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak
akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-
buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat
dari siksa kubur hendaklah meLazimkan empat perkara semuanya :-

1@ Hendaklah ia menjaga solatnya
2@ Hendaklah dia bersedekah
3@ Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4@ Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur
dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus di Jauhi ialah :-

1@ Jangan berdusta
2@ Jangan mengkhianat
3@ Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini/
mereka-reka cerita)
4@ Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, " Bersucilah kamu
semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur
itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas
dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim
ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah.

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin,
orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan
melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan
sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab
setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan
Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini, kalau kita tuduh
berkata kepada saudara kita yang Jahil, takutlah kamu kepada
Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan
ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, " Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal
untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu
tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur, jikalau
dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah Amalnya
sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an
itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..

No comments:

Post a Comment