Asal Usul Hajar Aswad...^^..
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak
kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada
bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail
bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan
mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai,
ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu
lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail
berkata, " Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku
letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang
mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s
memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera
membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s.
merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
" Dari mana kamu dapat batu ini ?"
Nabi Ismail berkata, " Batu ini kuterima daripada yang tidak
memberatkan cucuku dan cucumu (daripada Jibril)." Nabi Ibrahim
mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi
ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan
mencium Hajar Aswad.
Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu,
yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian
tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih
bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi
Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-
olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai
saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan
doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah
doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu
mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab
tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau
mencium batu itu (Hajar Aswad) : " Aku tahu, sesungguhnya engkau
hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W
menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium
Hajar Aswad)."
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Feb 2014...^^..
No comments:
Post a Comment