Sunday, 19 April 2015

Riwayat Nabi Ishaq (009)...^^..

Riwayat Nabi Ishaq (009)...^^..

Nabi Ishaq adalah putera nabi Ibrahim dari isterinya Sarah,
sedang Nabi Ismail adalah puteranya dari Hajar, dayang yang
diterimanya sebagai hadiah dari Raja Namrud.

Tentang Nabi Ishaq ini tidak dikisahkan dalan Al Quran kecuali
dalam beberapa ayat di antaranya adalah ayat 69 sehingga 74
dari surah Hud, seperti berikut,

" Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami {malaikat-malaikat}
telah datang kepada Ibrahim membawa khabar gembira mereka
mengucapkan " Selamat". Ibrahim menjawab, " Selamatlah" maka
tidak lama kemudian Ibrahim menjamukan daging anak sapi yang
dipanggang. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak
menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan
merasa takut kepada mereka. malaikat itu berkata " Jangan kamu
takut sesungguhnya kami adalah {malaikat-malaikat} yang diutus
untuk kaum Luth." Dan isterinya berdiri di sampingnya lalu
di tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira
akan {kelahiran} Ishaq dan sesudah Ishaq {lahir pula} Ya'qup.
Isterinya berkata, " Sungguh menghairankan apakah aku akan
melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan
suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua juga ? Sesungguhnya
ini benar-benar sesuatu yang aneh. Para malaikat itu berkata
" Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah ? {itu
adalah} rahmat Allah dan keberkatanNya dicurahkan atas kamu
hai ahlulbait ! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha
Pemurah. Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan
berita gembira telah datang kepadanya dia pun bersoal jawab
dengan {malaikat-malaikat} Kami tentang kaum Luth."
{Surah Hud: 69~74}

Selain ayat-ayat yang tersebut di atas yang membawa berita
akan lahirnya Nabi Ishaq daripada kedua orang tuanya yang
sudah lanjut usia yang menurut sementara riwayat bahwa usianya
pada waktu itu sudah mencapai sembilan puluh tahun, terdapat
beberapa ayat yang menetapkan kenabiannya di antaranya ialah
ayat 49 surah " Maryam" sebagai berikut,

" Maka ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan
dari apa yang meerka sembah selain Allah Kami anugerahkan
kepadanya Ishaq dan Ya'qup. Dan masing-masingnya Kami angkat
menjadi nabi."

Dan ayat 112 dan 113 surah " Ash Shaffaat" sebagai berikut,
" Dan Kami beritahukan, dia khabar gembira dengan {kelahiran}
Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang soleh. Kami
limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan di antara
anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada {pula} yang zalim
terhadap dirinya dengan nyata."

Catatan Tambahan. Diriwayatkan bahwa Nabi Ibrahim wafat pada
usia 175 tahun. Nabi Ismail pada usia 137 tahun dan Nabi Ishaq
pada usia 180 tahun.

Perkataan Ishaq berasal daripada bahasa Ibrani yang bererti
tertawa. Sejarah menyatakan bahawa Siti Sarah meniti usia yang
lanjut dan mandul ketika usia mudanya. Beliau mendapat khabar
gembira daripada Malaikat bahawa ia akan mendapat seorang anak
lelaki yang soleh. Siti Sarah tertawa dan gembira, mendengar
khabar tersebut. Ia juga berasa terkejut kerana merasakan
dirinya sudah tua dan memikirkan bahawa mustahil orang tua
melahirkan anak.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment