Friday, 15 August 2014

Masalah Yang Terjadi Di Kalangan Umat Islam...^^..

Masalah Yang Terjadi Di Kalangan Umat Islam...^^..

Habib Umar : Baitul Maqdis Tidak Mungkin Akan Dapat Dibebaskan
Kembali Melainkan Dengan Cara Sayidina Umar r.a. dan Salahuddin
al-Ayyubi

Ini ialah pesanan daripada As-Syeikh al-Habib Umar bin Hafiz di
Shah Alam dalam pertemuannya dengan para ulama pada bulan Safar
1428 H. Renungilah dengan mendalam apa yang beliau sampaikan.
Semoga kita mendapat hidayat. Tajuk asal ceramah ini ialah,
“ Menyingkap Masalah yang Terjadi di Kalangan Umat Islam”.

1@ Tugas dakwah ialah tugas yang menggembirakan hati Rasulullah
SAW. Dakwah tersebar sehingga ke Nusantara berkat daripada usaha
dakwah dan keberkatan ahlul bait. Mereka menerapkan pemahaman
al-Quran dan as-Sunnah melalui para ulama secara berantai dari satu
generasi ke generasi. Rantaian emas ini bersambung kepada
Baginda SAW. Sebab itulah kita tidak menemui dalam ajaran mereka
kesesatan, bidaah, penyimpangan, ekstrem, konservatif dll. Mereka
membawa agama yang bersih daripada sumber yang asli. Daripada
furuq fikah, bersandarkan kepada mazhab Syafie. Dalam akidah,
bersandar kepada mazhab Abu Hasan al-Asyaari (keturunan ulama
Abu Musa al-Asyaari). Beliau merupakan anggota delegasi daripada
Yaman yang bertemu Rasulullah SAW. daripadanya, lahirlah mazhab
ASWJ.

2@ Sebagaimana Allah menetapkan bagaimana Islam ini tersebar
ke seluruh pelusuk, maka, Allah juga menentukan adanya mujaddid.
Sebagaimana Islam tersebar melalui tangan ahlul bait, maka kami
optimis meneruskan hubungan ini (dengan penduduk nusantara).

3@ Sesungguhnya Allah akan memperbaharui urusan agama ini
setiap kali mereka mengalami kelesuan agama (waktu fatrah).

4@ Sesungguhnya segala masalah yang terjadi kepada umat Islam
hari ini, yang merosakkan fikir, aqidah dan akhlak mereka adalah
disebabkan:

Ø kita lalai dalam menjalankan tugas dakwah dan menyelamatkan
umat.
Ø berfikiran sempit dalam perbezaan fikrah
Ø tiada kerjasama yang serius di kalangan ulama
Ø konsentrasi kita hanya tertumpu kepada urusan yang tidak terlalu
penting namun ia memalingkan pandangan orang ramai terhadap
masalah yang sebenar.
Ø Setiap orang bertindak mengikut persepsi masing-masing dan
tidak berupaya memahami punca masalah yang sebenar.

5@ Maka, kami menyeru supaya kita tumpukan kembali perhatian
kepada tugas-tugas kita yang sebenar. Setiap kali kita menunda atau
mengabaikan tugas tersebut, maka kita akan disibukkan oleh urusan
reka yasa yang dirancang oleh musuh-musuh Allah.

6@ Musuh Allah sentiasa memprovok masalah baharu setiap hari
kepada kita silih berganti. Kita sering dimomokkan dengan
kepincangan akidah, moral untuk melarikan fikir kita. Maka, umat
Islam pun tersentak lalu terikut-ikut untuk menyelesaikan isu itu. Habis
satu isu, dibawa pula isu yang lain. Maka, kita pun memberikan
pandangan kita masing-masing di muktamar, rapat umum dll namun
masalah tidak juga selesai. Ada solusi pun, kita tidak serius untuk
melanjutkannya. Maka, isu baharu pun muncul dan kita lupa kepada
isu lama. Padahal kita sudah bermuktamar, menginsafi sikap tetapi
masalah umat tidak juga selesai. Begitulah yang terjadi tatkala muncul
isu-isu seterusnya. (semuanya bertindak bergantung kepada isu
tetapi gagal menyelesaikan masalah akar yang menimbulkan isu itu.)
Akhirnya, kita disibukkan dengan isu yang dimomokkan oleh musuh-
musuh Allah itu.

7@ Semua ini adalah kesan daripada kelalaian kita menjalankan kerja
yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.

8@ Kami di sini berhasrat untuk membangkitkan kembali semangat
kepada kerja-kerja ini supaya semua masalah umat dapat
diselesaikan. Kita juga perlu sedar bagaimanakah caranya untuk kita
berhadapan dengan masalah-masalah ini. Tugas-tugas itu ialah
konsentrasi terhadap proses pembinaan jiwa dengan cara
mensucikannya (tazkiah). Ia menjadi barometer kepada perubahan
umat ini menurut al-Quran. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri. Tidak
ada satu pendekatan yang dapat mengubah manusia selain
pendekatan TAZKIYATUN NUFUS seperti yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW. Proses ini kemudian bersambung-sambung
sehingga sampai kepada kita. Inilah method yang dibawa oleh
segolongan manusia yang digelar sebagai kaum sufi. Nilai-nilai
pentarbiyahan seperti ini sememangnya sudah ada pada zaman
Sahabat kemudian Tabiin dan seterusnya sehingga datang zaman
cintakan dunia dan kerakusan kuasa. Generasi selepas itu semakin
jauh dengan zaman Nabi.

9@ Umat sekarang ini perlu kepada ulama yang komited terhadap
method pentarbiyahan ini (tazkiyah). Sebab itulah munculnya golongan
Sufi dan tasawuf yang komited melestarikan nilai-nilai ini. Melalui jasa
mereka, dakwah tersebar ke seluruh pelusuk dunia (lanjutan daripada
usaha dakwah Sahabat). Dalam sejarah Islam, kita mendapati bahawa
tidaklah masuk Islam ke dalam satu-satu negeri melainkan ketua
jemaah jihad fisabilillah itu diketuai oleh tokoh besar tasawuf dan
tazkiyah. Keadaan ini ada setiap zaman dalam Islam. Kita tidak akan
menjumpai sesebuah negeri yang begitu utuh melainkan peranan itu
dimainkan oleh tokoh tasawuf, golongan sufi. Tidak mungkin kita temui
dalam sejarah Islam, gerakan jihad tanpa tokoh tasawuf.

10@ Tazkiyah Para Sahabat diserap secara langsung daripada Nabi
SAW. Merekalah para sufi sejati, pemimpin para sufi dan tokoh-
tokohnya.

11@ Cermatilah sejarah Islam. Pada zaman Sahabat, Islam
tersebarnya hingga ke Timur di sempadan China dan Russia dan
negeri-negeri sekitarnya. Para panglima mereka terdiri daripada para
pemuka tasawuf pelbagai aliran dan guru-guru besarnya. Mereka
semua keluar berjihad di jalan Allah.

12@ Baitul Maqdis dibebaskan oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a.
Kemudian, datang pasukan salib merampasnya. Semenjak itu, Baitul
Maqdis tidak dapat diselamatkan semula kecuali peranan ahli tasawuf.
Di situ, tampillah Salahudin al-Ayubi, seorang tokoh tariqat tasawuf,
pengasas program Maulidur Rasul dan majlis-majlis zikir yang banyak
diambil daripada kitab Imam Al-Ghazali (Ihya Ulumuddin). Terbina
jiwanya melalui kitab tersebut dan dia memimpin umat Islam dengan
kekuatan imannya, ketaqwaannya, kebeningan jiwanya dan kebersihan
hatinya. Maka, Baitul Maqdis pun dapat dibebaskan.

13@ Hari ini, orang ramai melaungkan, " Bebaskan Baitul Maqdis !
Bebaskan Baitul Maqdis ! " tidak ada cara untuk membebaskannya
kecuali dengan cara yang pertama iaitu manhaj Sayidina Umar r.a. dan
Salahudin al-Ayyubi rah. Yang merupakan intisari daripada ajaran
tazkiyah oleh Rasulullah SAW. Hal inilah yang membebaskan Baitul
Maqdis. Tidak boleh dengan cara selain itu.

14@ Mereka sibuk bikin organisasi, pernyataan politik mahupun
mengadakan kongres, Baitul Maqdis tetap tidak mampu dibebaskan
sampai bila-bila pun (abadan abada) kecuali melalui peranan
golongan ini (tasawuf dan sufi) dan dengan cara ini (tazkiyah dan
tasawuf). Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri.

15@ Jika pemuda kita di Palestin tidak mengerjakan solat, tidak
berpuasa, tidak menutup aurat dan kita berkata " Bebaskan Palestin !
Bebaskan Palestin ! " Namun apa yang terjadi ? Pada masa ini kuffar
memerangi kaum Muslimin di sana dan membuatkan politik pecah
belah hingga umat Islam saling berperang antara satu sama lain. Apa
penyebabnya semua ini ? Jawapannya: Pengabaian usaha
TAZKIYATUN NUFUS (Pembinaan jiwa) di kalangan umat Islam
sehingga munculnya masalah-masalah besar yang menghentam
mereka.

16@ Siapakah yang berperanan untuk melakukan usaha ini ? Inilah
tugas utama kita daripada Allah SWT " Sesungguhnya beruntunglah
mereka yang telah mensucikan jiwanya dan rugilah orang yang
menodainya. Beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dengan
menyebut nama Tuhannya serta menunaikan solat. Musuhmu yang
paling berbahaya ialah Nafsumu yang ada pada dirimu sendiri."

Penulisan Khairy Tajudin
http://khairitajudin.blogspot.com/.../habib-umar-baitul.

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..

No comments:

Post a Comment