Dicintai Oleh Allah Dan MakhlukNya...^^..
Kata Imam Said bin al-Musayyib rahimahullah (wafat 94 hijrah) ;
" Sesungguhnya seseorang lelaki itu apabila melakukan solat malam
maka Allah pun akan menjadikan cahaya di wajahnya sehingga setiap
muslim yang melihatnya akan terjatuh cinta kepadanya sekalipun ada
di antara mereka yang belum pernah melihatnya namun takala
melihatnya maka dia pun akan berkata, " Sesungguhnya aku
mencintai lelaki ini."
# Imam Said Al-Musayyib rahimahullah merupakan salah seorang
ulama tabien yang masyhur. Beliau juga merupakan menantu kepada
sahabat nabi yang bernama Abu Hurairah RA.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: " Siapa yang pada petang
harinya berasa letih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua
tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan
dosanya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)
Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda:
" Siapa mempunyai tanah maka hendaklah ditanaminya. Jika dia tidak
sanggup menanami, hendaklah dipinjamkannya kepada saudaranya
sesama muslim tanpa menyewakan kepadanya."
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..
Yang Penting Mencari Keredhaan Allah, Masuk Neraka dengan keredhaan Allah itu lebih baik daripada masuk Syurga dengan keredhaan Manusia, kesayanganmu...Jika Dia(Allah) telah menerima Amalanmu sedangkan seluruh Makhluk berPaling daripadamu. Itulah yang Penting, Bersih dan Suci, kerana kita menyatakan keHambaan kita kepada Tuhan kita. Kita ini Terlalu banyak Dosa terlihat mahupun terLindung, tanpa kita Sedari...^^.. BerHaraP Ahli KeluargaKu DaPat Masuk SyurGa SeMuaNYa, LeBih Aku Sukai...^^..
No comments:
Post a Comment