Saturday, 16 August 2014

Apakah itu Saka ?...^^..

Apakah itu Saka ?...^^..

SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk
halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti
memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu
berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam.
Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya
dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak
oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan
seseorang. Maka, penting bagi kita menyiasat diri dan keluarga
daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai
daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya
daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek
kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam
lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu
menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau
lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan
merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya
dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar
difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur
syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti
anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘ layak’
mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila
waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan
kemas, keris, lembing atau tombak.

Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang
mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang
saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya
seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua
hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa
panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa
besar kerana mensyirikkan Allah SWT ( percaya dan mengagungkan
kuasa, kebolehan dan kekuatan yang ada pada golongan Jin,
sebagaimana semasa kerajaan Nabi Sulaiman, kekuasaan Jin dapat
memindahkan istana Puteri Balqis dengan sekelip mata).

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi
seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh
mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka
terseksa ketika menemui ajal.

Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal
dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan
tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit
misteri. Justeru itu, ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima
warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan
hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat
pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah
sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani,
Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara
nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan,
kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu
dalam tempoh yang ditentukan ( tujuh keturunan).

“ Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga
menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu
mengetahuinya ataupun tidak.

“ Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila
mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau
membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam
masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,”
katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah
selepas kematian tuan punya saka berkenaan.

“ Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia,
jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin
yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur
jin bukan seperti manusia.

“ Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti
keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran
di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang
mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

“ Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang
menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar
mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

“ Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak
cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan
maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah
fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan,
kekuasaan serta kelebihan seperti nenek moyang mereka,” katanya.

Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka
kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.

“ Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “ Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis
yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang
berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.

“ Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana
mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,”
katanya.

Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai
kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan
tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.

“ Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa
saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang
mempunyai unsur syirik."

“ Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,”
katanya.

Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang
itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.

“ Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita
percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.

“ Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum
tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan
kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap
Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan
pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,”
katanya.

### Petanda seseorang mempunyai saka:

*** Gejala waktu tidur

@ Susah tidur malam.

@ Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

@ Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat
sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta
pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.

@ Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.

@ Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala,
tikus.

@ Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

@ Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.

@ Berdiri dan berjalan ketika tidur.

@ Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

@ Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.

@ Mimpi melihat budak kecil.

@ Mimpi melihat salib atau gereja.

@ Merintih dan menangis ketika tidur.

*** Gejala waktu jaga

@ Selalu pening kepala.

@ Lalai mengingati Allah SWT

@ Sering lesu dan malas.

@ Rasa sakit di salah satu anggota badan.

@ Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.

@ Lenguh sendi-sendi utama.

@ Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.

@ Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

@ Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.

@ Mudah marah dan panas baran.

@ Emosional dan terlalu sensitif.

@ Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak
batu atau telur.

@ Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

*** Hanya kepada Allah, ( Tuhan) orang Islam berserah diri, redha
akan keputusan Allah ( Tuan diri kita, Kita sekadar Hamba Hina). Andai
diberi keHidupan yang Perit dan andai diberi Umur yang Singkat. Allah
sahaja tahu manfaatNya. Tapi Allah jualah yang memberi Jalan Keluar
bagi orang berIman akan setiap Dugaan dan Cobaan yang diBerikan.

Kadang-kadang Allah nak sembunyikan kita dari Orang Jahat, Allah
simpan Kita kat Tempat Lain, Bagi keSakitan, dan meMatikan diri kita.
Kalau  Allah tak nak kita Sesat, Allah Pulaukan dan Pisahkan kita dari
Masyarakat yang terSesat. Janganlah kamu selalu bersedih Hati,
kerana kamu ada Tuhan ( Allah) dan Malaikat penjaga dan sentiasa
menDoakan dirimu. Oleh itu, terSenyumlah wahai Hati-Hati yang
tenang. Jangan melalui Jalan keSesatan, nescaya kamu akan Binasa.

Allah cuma tanya ? " Adakah kamu mengakuiKu sebagai Tuhanmu
dengan selalu berDoa kepadaKu." " Allah bukan tanya Hasilnya, Allah
cuma tanya Usaha-usaha yang Kita Buat." . Dan belum tentu lagi
Usaha-usaha dan Perbuatan yang kita Lakukan akan diTerima Allah
jika dilakukan dengan rasa Riak beserta Bangga Diri ( menGungkit
setiap kebaikan diri kita kepada orang ramai).

SeHarusnya sembunyiKan, biar Allah sahaja yang Tahu. Allah terima
atau tidak amalan kita bukan perkara Utama. Yang penting keIkhlasan,
kerana membuat Hati kita Senang, Tenang dan berManfaat. Mungkin
juga amalan kita yang sebesar Kuman yang Ikhlas lebih Besar
pahalanya dan menjadi pemberat Amalan masuk ke Syurga.

Bukankah Kita harus berlaku seperti HambaNya, bukan sebagai
seorang Raja ( ikut hawa nafsu). Sifat seorang Hamba tidak boleh
Kaya Harta, tetapi Kaya Ilmu dan Imannya. Patuh pada Tuan Utama
atau Tuhannya ( Allah), bukan pada pengaruh Sahabat mereka, juga
mengikut kebiasaan Adat nenek moyang mereka, tetapi berUsaha
mencari jalan mengUngkai segala keBenaran.

Bukan Fesyen, Gaya dan Penampilan, bukan Darjat dan Kekayaan
pengukur sebenar, tetapi yang patut Lahir di dalam Hati. Itulah " Ikhlas
kerana Allah dan Senang dalam melakukan sebarang Perkara yang
berManfaat dan berFaedah", " Bukankah, manusia diberikan Akal
untuk berFikir". Segala jenis Jawapan ada pada Allah ( Tuhanmu),
cuma perlu berDoa. Adakah kamu Redha menerima Ketentuan Allah ?

Begitu juga halnya SAKA, berdoalah agar Allah memberi satu Jalan
dan memBantu kita menangani hal-hal ini. Kadang-kadang kita Harus
mendidik warisan SAKA, jin milik kita agar masuk Islam, kot ... Ntah ...

tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited Ogos 2014...^^..

No comments:

Post a Comment