JanganLah BerDampingan Dengan Orang Yang Kufur Iman...^^..
Allah berfirman dalam Surah At-Taubah;
20@ (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah
lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang
yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang
memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang
yang berjaya.
21@ Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian
rahmat daripadanya dan keredhaan serta Syurga; mereka beroleh
di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.
22@ Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah,
menyediakan di sisiNya pahala yang besar.
23@ Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu menjadikan
bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang
yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman;
dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang
didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.
24@ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Jika bapa-bapa kamu, dan anak-
anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-
suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu
usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu)
menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
(derhaka).
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..
No comments:
Post a Comment