Amalan TerBALIK...^^..
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati Amalan kita adalah
terBalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan diTuntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah diLalaikan atau terIkut-
ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1@ Amalan Kenduri Arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga,
ketujuh dan seterusnya) adalah terBalik dari apa yang diAnjurkan oleh
Rasulullah, di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan
dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan,
terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang
datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri
tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang
belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam ?
2@ Kalau hadir ke Kenduri Walimatul Urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menZiarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menZiarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan
rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3@ Ketika menghadiri Majlis Pemimpin negara kita berPakaian Cantik,
kemas dan segak tetapi bila mengHadap Allah baik di rumah maupun
di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4@ Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan
dan malu, sedangkan yang diTuntut dibanyakkan makan dan dihabiskan
apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa Gembira dan tidak memBazir.
5@ Kalau berSolat Sunat di masjid amat Rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilLakukan
di Rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengElakkan
rasa Riak.
6@ Bulan Puasa adalah bulan menDidik Nafsu termasuk nafsu makan
yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan
di bulan puasa adalah yang terTinggi dalam seTahun. Sedangkan
sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah
terbalik amalan kita ?
7@ Kalau nak mengerjakan Haji, kebanyakan orang akan membuat
kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak
buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah
kerana Selamat dari berMusafir, maka diBuat Kenduri, bukan kerana
nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik ?
Atau kita mempunyai tujuan lain.
8@ Semua ibubapa amat Bimbang kalau-kalau anak mereka Gagal
dalam Periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh Baca Quran atau Solat, tak
bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas
khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan
$20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak
bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita ? Kita sepatutnya lebih berbimbang
jika anak tidak dapat baca Al Quran atau berSolat dari tidak lulus
periksa.
9@ Kalau bekerja menGejar Rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak
hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh
tak malu manusia begini, Rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya
segan dan malas.
10@ Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,
bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada keBenaran
agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar
bukan yang digubah mengikut selera kita@Hawa Nafsu. Allah yang
menCipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup
kita.
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..
No comments:
Post a Comment