Balasan Syurga Ke Atas Jual Beli (JiwaMu) Untuk Allah...^^..
Allah berfirman dalam Surah At-Taubah;
111@ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman
akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa
mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada
jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta
Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya
daripada Allah ? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu
jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang
seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
112@ (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat,
yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan
mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh
berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta
yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-
orang yang beriman (yang bersifat demikian).
113@ Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman,
meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum
kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang
musyrik itu adalah ahli neraka.
114@ Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat)
melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila
ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah,
ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu
lembut hati lagi penyabar.
115@ Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat
sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Ia
menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan
melindungi diri daripadanya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.
128@ Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi
sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh
kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia
pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada
orang-orang yang beriman.
129@ Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah
(wahai Muhammad): “ Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy
yang besar.”
tuliskanakuhadith.blogspot.com
Norshahuddin Edited April 2014...^^..
No comments:
Post a Comment